Home » » Kari Ayam Mamak Style

Kari Ayam Mamak Style

Unknown | 12:31 AM |
Makan dgn nasi putih pn sedap...
wat cicah dgn roti jala n puri pn sedap

Bahan-Bahan
. 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
. Sebiji bawang besar - hiris
. Kulit kayu Manis
. Bunga lawang
. 2 helai daun pandan - di simpul
. 2 tangkai daun kari
. Kentang - belah 4
. Tomato buah - belah 2
. Santan
. Air
. Garam n perasa
. Minyak utk menumis

Bahan Blender
. 2 ulas bawang putih
. 2 inci halia
. Sebatang serai
. 1 sudu teh ketumbar
. 1 sudu teh jintan manis
. Sedikit lada hitam
. Sedikit lada sulah

Bahan Pes Kari (mengikut citara masing2)
. Serbuk kari ayam
. Serbuk kunyit
. Serbuk cili kering
*bancuh dengan sedikit air*

Cara-cara
. Panaskan minyak,masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang
. Masukkan bahan blender, daun pandan dan daun kari
. Tumis seketika dan masukkan bahan pes kari
. Tumis hingga wangi dan agak garing sedikit
. Masukkan kentang dan sedikit air
. Biarkan kentang agak empuk sedikit baru masukkan ayam
. Masukkan juga santan, garam dan perasa
. Masak hingga didih dan agak pekat sedikit
. Siap untuk dihidang
Citarasa Malaysia

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.