Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Daging Salai Lemak Cili Api

Unknown | 2:20 PM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Daging Salai Lemak Cili Api

Mmg terangakt lh lemak daging salai..lg best klu masak bersama belimbing buluh
 Bahan-bahan
 - Daging salai
 - Bawang merah
 - Kunyit hidup secukupnya
 - Cili api mengikut selera
 - Santan pekat
 -  Asam keping 
 - Kentang potong 4
 - Serai dititik 
 - Daun kunyit hiris halus
 - Garam & perasa secukupnya
ini ler rupa daging salai


Cara-cara memasak
 - Hiris nipis daging salai supaya cepat empuk 
 - Blenderkn bawang merah, kunyit hidup dan cili api
 - Dalam periuk, masukkan air dan serai titik 
 - Masukkan juga bahan yang siap blender tadi
 - Jangan lupa masukkan hirisan daging salai
 - Masak hingga daging hampir empuk, masukkan kentang dan asam keping
 - Bila daging dan kentang empuk dengan sempurna, masukkan santan pekat
 - Sentiasa kacau, masukkan hirisan daun kunyit
 - Perasakan dengan garam dan perasa
 - Tunggu santan masak dan matikan api 
 
Selamat Mencuba..:)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Paprik Daging

Unknown | 5:48 PM |
Masakan ala warong

Bahan-bahan
.1/2kg daging - hiris nipis n rebus (air rebusan jgn dibuang)
.2 batang serai - dititik
.5 ulas bawang putih - dititik
.3 inci halia muda - tumbuk lumat
.5 sudu cili kering blender
.3 sudu sos tomato
.3 sudu sos tiram
.2 helai daun limau purut
.Sebiji bawang besar - hiris nipis
.3-5 biji cili padi - titik
.1/2 biji lobak merah
.Sedikit bunga kobis
.Sebiji tomato - belah 4
.Sedikit sos ikan (nampla)
.Sedikit minyak bijan
.Garam & gula
.Minyak

Cara-cara
.Tumis halia, serai dan bawang putih hingga naik bau
.Masukkan cili kering blender dan tumis lagi
.Masukkan sos tomato dan sos tiram
.Masukkan daging rebus dan sedikit air rebusan
.Masukkan daun limau purut, cili padi, bawang besar dan sayuran
.Perasakan dan masukkan sos ikan mengikut citarasa
.Padamkan api dam masukkan minyak bijin sebelum dihidang

*jika mahu kuah pekat,masukkan sedikit tepung jagung
Ubah selera dengan masakan paprik

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daging Dendeng@Corner

Unknown | 4:40 PM |
Daging Dendeng@Corner
Bahan-bahan rebus
.1kg daging batang pinang
.5 inci halia - titik
.3 ulas bawang putih - titik

Bahan-bahan sambal (tumbuk)
.1 biji bawang besar
.5 biji bawang merah
.2 ulas bawang putih
.2 inci halia
.5 biji cili merah
.2 batang serai - titik
.Sedikit serbuk kunyit
.Garam & gula
.Minyak

Cara-cara
.Rebus daging bersama bahan rebus hingga empuk
.Toskan daging
.Gaul daging bersama serbuk kunyit n garam.
.Goreng daging hingga garing
.Tumis bahan sambal n serai hingga naik bau
.Masukkan garam n gula secukup rasa.
.Tuangkan sambal di atas daging goreng tadi
.Siap untuk di hidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daging Black Pepper

Unknown | 11:45 AM |
Daging Black Papper

Bahan-bahan
.250g daging lembu di rebus
.20g bawang merah di mayang
.10g bawang putih di mayang
.100 ml stok ayam
.5 ml sos tiram
.10 ml sos lada hitam
.5g lada hitam biji di tumbuk kasar
.50g daun bawang di hiris panjang
.20g lobak merah di potong baji
.20g cili merah di potong baji
.20g cili hijau di potong baji
.Minyak

Cara-cara
.Tumis bawang merah,bwg pth N lada hitam biji
.Masukan lobak merah,cili hijau,cili merah N kacau seketika
.Masukan sos lada hitam,hirisan daging,stok ayam N sos tiram
.Masak hingga kuah agak2 pekat
.Taburkan daun bawang
.Siap utk di hidangkan

Selamat Mencuba...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kari Daging

Unknown | 6:48 PM |
Kari Daging

Bahan-bahan Kisar
.3 biji bawang besar
.6 biji bwawng merah
.4 ulas bawang putih
.2 cm halia

Bahan-bahan B
.800 g daging batang pinang
.8 sudu serbuk kari jadikan paste
.2 sudu serbuk cili jadikan paste
.5 cm kulit kayu manis
.3 bunga cengkih
.1 kuntum bunga lawang
.5 biji buah pelaga
.500 ml santan pekat
.20 ml air jika perlu
.5 biji ubi kentang di potong 4
.2 tangkai daun kari
.Garam & gula

Cara-cara
.Tumiskan bahan kisar hingga garing
.masukakan kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang ,cengkih & daun kari
.Masukan paste kari dan serbuk cili paste
.Tumis hingga naik bau
.masukan kentang dan daging tumis hingga daging agak2 empuk
.masukan santan,kacau pelan2 jika pekat tambahkan air
.Didihkan hingga daging dan kentang empuk
.Siap utk di hidangkan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Shabsuka

Unknown | 6:49 PM |
SHABSUKA

Bahan-bahan
1/2 kg daging kisar
4 sudu makan rempah kari
3 sudu makan bawang kisar
1 sudu makan cili kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit halia dihiris
3 sudu makan tomato puree/sauce
5 biji buat tomato dipotong dadu
2 biji telur
1 tangkai cili hijau

Cara-cara
•Tumis rempah kari dan bahan2 yang dikisar.•Dah garing, masukkan bawang yg telah dipotong dadu dan tomato sos, kemudian masukkan daging kisar.
•Agak-agak dah masak, taruk pula buah tomato. Barulah pecahkan telur.

Selamat Mencuba...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pencok @ Acar Daging

Unknown | 6:46 PM |
PENCOK@ACAR DAGING

Bahan-bahan
1/2 kg. daging lembu
2 cawan pati santan
7 ulas bawang merah
2 - 3 sudu besar lada hitam
2 sudu besar kerisik (sebaiknya dibuat sendiri- tumbuk hingga keluar sedikit minyak sahaja)
3 biji limau kasturi
2 batang serai
1 inci lengkuas
Sedikit garam

Cara membuatnya
• Potong daging besar-besar@ ikut suka•Rebus daging bersama serai dan lengkuas yang telah dititik serta sedikit garam.
• Setelah daging empuk, hiris nipis-nipis. Masukkan daging ke dalam sebuah bekas yang agak besar bagi memudahkan kerja-kerja menggaul.
• Hiris bawang merah.
• Tumbuk lada hitam hingga benar-benar hancur.
• Masukkan santan, bawang merah yang telah dihiris, lada hitam, kerisik, garam dan air limau kasturi ke dalam bekas yang berisi daging dan digaul mesra. Pastikan pencok berasa lemak, masin, pedas dan masam yang seimbang.

Note:
Pencok Daging ini hendaklah dimakan segera atau dimasukkan ke dalam peti ais kerana ia menggunakan santan mentah

Selamat mencuba...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nehari -Kari Kambing Kashmir

Unknown | 6:43 PM |
NEHARI (KARI KAMBING KASHMIR)

Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis

1kg daging kambing didadu ( Bahagian peha @ ikut suka )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara memasak:
• Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
• Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
• Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.

Selamat mencuba...




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daging Taco

Unknown | 6:39 PM |
DAGING TACO

Bahan-bahan
500 gm daging cincang
2 biji bawang besar kuning dipotong dadu
4 biji bawang putih dicincang
1 peket serbuk taco (boleh dijumpai di pasaraya seperti carrefour)
8 keping tortilla (roti seperti capati)

1 tin besar tomato yang telah dibuang kulit dalam tin (tomato ini diasingkan kepada dua bahagian dengan nisbah 1:2)
Parutan keju cheddar
Bahan-bahan sos
2 bahagian tomato dalam tin
1 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 sudu kecil rempah thyme dan basil

Cara membuat sosnya.
• Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar.
• Masukkan tomato dan rempah thyme dan basil.
• Biarkan ia pekat dan perasakan ia dengan garam dan gula.

Cara membuatnya.
• Tumiskan bawang besar yang didadu bersama bawang putih.
• Apabila telah naik bau masukkan daging cincang dan goreng. Masukkan sepeket taco seasoning mix.
• Masukkan 1 bahagian tomato.
• Tumis hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
• Setelah masak balutkan daging ke dalam tortilla dan susunkan ia dalam bekar pembakar.
• Kemudian lapiskan ia dengan sos tomato yang dimasak tadi.
• Taburkan keju cheddar parut ke atas lapisan daging dan tomato tadi.
• Bakarkan ia ke dalam oven yang bersuhu 180 darjah celcius selama 10 minit.

Selamat Mencuba...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daging Masak Arab

Unknown | 6:37 PM |
DAGING MASAK ARAB

Bahan-Bahan
1/2 kilo daging kambing dipotong kecil
1/2 kilo bawang besar dipotong bulat
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu kecil lada hitam
sedikit garam dan gula jika suka

Cara Cara
• Masukkan semua bahan dalam periuk, masak daging hingga empuk dan pekat, di atas api yang kecil.
• Hidang bersama roti perancis atau roti naan.

Selamat Mencuba...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daging Goreng Pattaya

Unknown | 6:32 PM |
DAGING GORENG PATTAYA

Bahan-bahan
500 gm daging "Top Side" bahagian peha dihiris nipis
1 labu bawang besar dihiris nipis
4 helai daun limau purut
beberapa helai daun selasih (Thai Basil)
segenggam daun ketumbar dicincang kasar
1 batang serai dititik
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
sedikit gula
minyak untuk menggoreng

Tumbuk
3 ulas bawang putih
10 batang cili padi
2 batang cili merah

Perasa
2 sudu besar sos ikan 1 sudu besar sos tiram

Cara-cara
• Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili padi dan cili merah sampai wangi.
• Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula dan bawang besar.
• Sebelum diangkat masukkan daun limau purut, selasih dan ketumbar.

.Selamat Mencuba...




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daging Goreng Ketumbar

Unknown | 6:26 PM |
DAGING GORENG KETUMBAR

Bahan-bahan
250 g daging batang pinang
1 sudu besar minyak jagung
2 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil lada hitam
Sedikit daun ketumbar

Cara membuatnya
• Potong daging nipis-nipis dan rebus hingga lembut.
• Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
• Sejat daging dan goreng dengan bawang hingga garing.
• Taburkan serbuk lada hitam, garam dan lada hitam.
• Masukkan daun ketumbar dan angkat

.Selamat Mencuba..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Black Pepper Steak

Unknown | 6:17 PM |
BLACK PEPPER STEAK

Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak • Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
• Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
• Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
• Siap untuk dihidang.

Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.

.Selamat Mencuba...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.