Kari Daging

Eriyana Che yan | 6:48 PM |
Kari Daging

Bahan-bahan Kisar
.3 biji bawang besar
.6 biji bwawng merah
.4 ulas bawang putih
.2 cm halia

Bahan-bahan B
.800 g daging batang pinang
.8 sudu serbuk kari jadikan paste
.2 sudu serbuk cili jadikan paste
.5 cm kulit kayu manis
.3 bunga cengkih
.1 kuntum bunga lawang
.5 biji buah pelaga
.500 ml santan pekat
.20 ml air jika perlu
.5 biji ubi kentang di potong 4
.2 tangkai daun kari
.Garam & gula

Cara-cara
.Tumiskan bahan kisar hingga garing
.masukakan kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang ,cengkih & daun kari
.Masukan paste kari dan serbuk cili paste
.Tumis hingga naik bau
.masukan kentang dan daging tumis hingga daging agak2 empuk
.masukan santan,kacau pelan2 jika pekat tambahkan air
.Didihkan hingga daging dan kentang empuk
.Siap utk di hidangkan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pajeri Terung

Eriyana Che yan | 6:23 PM |
Pajeri Terung

Bahan-bahan
.4 biji terung panjang -  di belah 2
.2 kuntum bunga cengkih
.2 kulit kayu manis
.6 biji bawang merah - mayang halus
.2 cm halia - hiris halus
.50g udang kering di rendam dan tumbuk halus
.5 sudu rempah kari daging di jadikan paste
.2 sudu kerisik
.800ml santan pekat
.10ml air
.Garam & gula
.Minyak

Cara-cara
.Tumis bahan-bahan yg di hiris bersama kulit kayu manis dan cengkih
.Masukan udang kering dan paste kari,tumis hingga pecah minyak
.Masukan terung,santan dan air
.Kacau sampai didih
.Masukan kerisik gula & garam
.Siap untuk di hidangkan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Baby Kailan Ikan Masin

Eriyana Che yan | 6:12 PM |
Baby Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan
.500g baby kailan di celur dengan sedikit garam
.200g ikan jeruk tenggiri di goreng garing
.6 ulas bawang putih di tumbuk
.2 sudu makan sos tiram
.2 sudu kicap cair
.Garam & gula

Cara-cara
.Tumiskan bawang putih
.Masukan ikan jeruk tenggiri
.Masukan sos tiram dan kicap cair
.Goreng hingga agak2 layu.
.Tambah gula secukup rasa
.Garam jika perlu
Siap di hidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Masak Lemak Labu

Eriyana Che yan | 6:00 PM |
Masak Lemak Labu

Bahan-bahan
.400g labu - potong kiub
.500ml santan
.4 biji bawang merah - tumbuk
.150 g udang basah
.2 biji cili merah di hiris2
.1 helai daun kunyit di racik2 halus
.Garam & gula

Cara-cara
.Jerang santan bersama bawang dan udang
.Masukkan labu dan masak hingga empuk
.Kacau pelan2 masukan cili dan daun kunyit
.Kacau hingga didih
.Garam & gula secukup rasa
.Siap utk di hidangkan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pucuk Ubi Masak Lemak

Eriyana Che yan | 5:50 PM |
Pucuk Ubi Masak Lemak


Bahan-bahan kisar
.4 biji bawang merah
.10 biji cili padi
.2 inci kunyit hidup
.50 g ikan bilis

Bahan-bahan B
.400 g pucuk ubi di celur
.500 ml santan
.Garam & gula

Cara-cara
.Satukan bahan kisar dan santan( tambah air jika terlalu pekat)
.Didihkan dan kacau pelan2 jgn sampai pecah minyak
.Masukan pucuk ubi
.Didihkan dan siap utk di hidangkan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Asam Rebus Keladi

Eriyana Che yan | 5:40 PM |
Asam Rebus Batang Keladi

Bahan-bahan kisar
.3 biji cili hidup
.3 bawang besar
.1 inci belacan bakar melaka

Bahan-bahan B
.1 kilo batang keladi( di bersihkan & di celur)
.3 tangkai daun kesum
.200 g udang basah
.5 keping asam gelugor
.800 ml air
.Garam & gula

Cara-cara
.Masukana air dan bahan-bahan kisar
.Didihkan
.Masukkan 5 keping asam gelugor
.Batang keladi,daun kesum dan udang
.Tunggu hingga didih
Siap untuk di hidangkan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kerabu Daun Selom

Eriyana Che yan | 5:30 PM |
Kerabu Daun Selom

Bahan-bahan
.300 g daun selom di racik kasar2
.100 g tauge
.3 biji bawang besar hiris nipis2
.100 g kelapa parut goreng tanpa minyak
.10 biji cili padi di tumbuk
.1 inci belacan bakar melaka di tumbuk
.2 genggam udang geragau goreng tanpa minyak
.2 biji air limau nipis
.Garam & gula

Cara-cara
.Gaulkan semua bahan2 tadi.
.Masukan air limau,garam & gula seckp rasa
.Siap di hidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Terung Pipit Cili Padi

Eriyana Che yan | 5:21 PM |
Terung Pipit Cili Padi

Bahan-bahan (kisar)
.50 g cili padi
.3 biji bawang merah
.3 ulas bawang putih
.1 inci belacan bakar melaka

Bahan-bahan B
.400 g terung pipit
.200 ikan bilis goreng
.Minyak
.Garam & gula

Cara-cara
.Goreng terung pipit setgh masak
.Tumis bahan-bahan yg di kisar
.Tambah garam & gula
.Masukan terung pipit dan ikan bilis
.Siap untuk di hidangkan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jering Goreng Berlada

Eriyana Che yan | 5:12 PM |
Jering goreng berlada

Bahan-bahan
.200 g ikan bilis
.400 g jering(hiris nipis2)
.100 g cili padi kisar
.3 biji bawang besar(kisar)
.1 inci belan bakar melaka(kisar)
.2 Ulas bawang putih(kisar)
.Minyak utk menumis
.Garam & gula

Cara-cara
.Goreng ikan bilis agak2 garing
.Goreng hirisan jering setgh masak
.Tumiskan bahan-bahan kisar
.Masukan jering & ikan bils
.Tambah garam & gula seckp rasa
.Siap untuk dihidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kerabu Mangga

Eriyana Che yan | 5:04 PM |
Kerabu mangga

Bahan-bahan
.3 biji manggga muda
.2 biji bawang merah
.2 genggam udang geragau
.20 biji cili padi
.Setengah inci belacan
.Garam & gula

Cara-cara
.Hiris mangga memanjang halus2
.Hiris nipis2 bawang merah
.Tumbuk cili padi dgn belacan
.Gaulkan cili yg di tumbuk kedlm hirisan mangga dan bawang merah
.Masukan garam & gula secukup rasa
.Siap untuk di hidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kepak Ayam Goreng Berempah

Eriyana Che yan | 1:26 PM |
Kepak Ayam Goreng Rempah

.500g kepak ayam
Bahan-bahan kisar
.2 ulas bawang putih
.2 inci lengkuas
.2 inci halia
.1 batang serai
.1 sudu teh biji ketumbar
.1 sudu teh jintan putih

Bahan-bahan B
.1 sudu serbuk kari
.1 sudu teh serbuk cili
.2 tangkai daun kari
.Garam & gula
.Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
.Bersihkan kepak ayam
.Campurkan bahan kisar dan bahan B
.Perapkan dalam 20-30 minit
.sedia untuk di goreng


Selamat Mencuba...
Che Yan Corner.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.