Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Nasi Lemon

Unknown | 3:14 PM |
Variasi pilihan nasi


Bahan-bahan
.300g beras basmathi - cuci dan ditoskan
.100g planta @ marjerin
.1 biji bawang besar - hiris nipis
.2 ulas bawang putih - hiris nipis
.3 inci halia muda - hiris nipis
.200ml susu cair
.370ml air
.1 biji lemon - diparut kulitnya n ambil jusnya
.Gajus n kismis hitam secukupnya
.Garam secukupnya
.Beberapa titik pewarna kuning

Cara-cara
.Panaskan planta @ marjerin dalam periuk
.Tumis bahan hiris hingga naik wangi
.Masukkan susu cair, air, jus lemon, beras dan garam
.Kacau rata dan tunggu memdidih
.Masukkan gajus, kismis hitam dan kulit lemon
.Tutup periuk dan tanak hingga masak
.Masukkan pewarna kuning dan kuap balikkan
.Hidang nasi lemon dengan jelantah dan lauk pilihan
Nasi lemon 
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Ayam Hainan

Unknown | 9:32 PM |
Nasi Ayam Hainan

Stok sup ayam
.1 ekor ayam/stok ayam ( ikut suka )
.Akar Daun ketumbar
.Air 3 lt

Nasi
.1 kg beras mathi/siam
.150 g planta
.30 g bawang merah-blend
.30 g bawang putih-blend
.30 g halia muda-blend
.3 helai daun pandan
.1.5 lt stok ayam
.Garam

Cara-cara
.Panaskan planta
.Tumiskan bahan2 blend
.Masukan daun pandan
.Air stok ayam & garam
.Masukan beras

Ayam goreng
.1 ekor ayam ( yg telah di rebus td )
.cuka-lumurkan pd ayam
.Gula perang yg di cairkan-lumurkan pd ayam
.Minyak

*Tips.
Gantungkan ayam untuk keringkan airnye( 1 Jam )
.Masukan ayam ke dlm minyak yg telah betul2 panas

Sos cili
.2 biji limau nipis
.Bawang  merah
.Bawang putih
.Halia
.Sos cili
.Gula
#Bahan2 di atas mengikut sukatan anda

Sos kicap
.Kicap cair
.Serbuk pati ayam
.kicap pekat
.Sos ikan
.Minyak bijan
.Gula

#Bahan2 di atas mengikut sukatan anda

Selamat Mencuba...



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Goreng Keju

Unknown | 6:12 PM |
nasi goreng keju

Bahan-Bahan
.5 camca besar minyak masak
.250 gm udang di basuh dan di kupas
.200 gm isi ayam di potong dadu
.300 gm sotong,di basuh dan di potong ikut suka
.3 mangkuk nasi
.1/2 camca teh lada sulah
.1 camca besar daun limau purut di carik
.3 biji telur di dadar dan di carik
.100 gm keju kraf di carik

Bahan-bahan untuk di kisar:
.150 gm bawang besar
.6 tangkai cili
.150 gm udang kering di basuh dan di rendam 5 minit
.2 cm kunyit

*Hiasan:
150 gm keju kraf di carik
Cili,bawang dan daun saderi di mayang
Bawang goreng

Cara Memasak
.Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar
.Masukan udang,ayam dan sotong lalu di kacau
.Masukan nasi,lada sulah,daun limau purut dan akhir sekali telur dadar dan keju yang telah di carik
.Hias dan hidangkan panas

Selamat mencuba..




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Pudina

Unknown | 6:06 PM |
Nasi Pudina

Bahan - bahan
.3 cawan nasi 
.1 ikat daun pudina - basuh dan hiris halus
.2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
.2 ulas bawang merah - dimayang
.2 keping ikan tenggiri yang besar - dibakar dan hancurkan
.1 labu bawang besar - dimayang
.3 sudu besar kerisik
.Garam dan air rendaman asam keping secukup rasa

Cara Memasak
.Deraikan nasi.
.Gaulkan dengan lada hitam tumbuk, ikan bakar, pudina, kerisik, bawang merah, garam dan air asam keping.
.Gaul rata.tanak mcm biase

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Paprik 1

Unknown | 12:11 PM |
Hidangan lengkap..ade sayur..ade ayam..




Bahan-bahan:
. 1 mangkuk nasi putih panas
. 200gm isi ayam - potong kecil
. 1 sudu teh cili kering blender
. 1 labu bawang besar - potong baji
. 2 ulas bawang putih - titik
. 1 batang serai - titik
. Sehelai daun limau purut
. 1/2 inci halia - tumbuk
. 2 biji cili padi - titik
. 2 sudu makan sos cili
. 2 sudu makan sos tiram
. 1 sudu makan kicap manis
. 1 sudu makn sos ikan(nampla)
. Kacang peas - dipotong
. Lobak merah - hiris bulat
. Putik jagung - hiris menanjang
. Sedikit minyak masak

Cara memasak:
. Tumis cili blender, serai, cili padi, bawang putih, halia hingga naik bau
. Masukkan isi ayam dan kacau rata hingga isi ayam bertukar warna putih
. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis, sos ikan dan kacau rata
. Masukkan sayur lobak merah, putik jagung, kacang peas, daun limau purut dan bawang besar
. Masak hingga sayur empuk
. Rasa masakan dan tambah garam jika perlu
. Hidang bersama nasi putih panas..
secukup rasa
 Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Tomato

Unknown | 12:11 PM |
Nasi Tomato


Bahan-bahan
.3 tin susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
.5 sudu besar susu cair
.1/2 tin tomato puree
.2 biji tomato- potong dadu
.2 tangkai daun pudina - hiris
.2 tangkai daun ketumbar - hiris
.Garam

Bahan untuk menumis B
.5 ulas bawang merah - diblend
.5 ulas bawang putih - diblend
.2 inci halia - diblend
.2 biji buah pelaga,
.1 batang  kulit kayu manis,
.3 kuntum bunga cengkih
.2 kuntum bunga lawang
.sedikit minyak sapi

Cara-cara
.Panaskan minyak sapi
.Masukkan bahan B dan ditumis hingga naik bau.
.Masukkan tomato puri,tomato biji serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.
.Masukkan daun pudina dan daun ketumbar
.Tunggu nasi kering
.Siap untuk dihidang

Hidang Bersama Ayam Masak Merah@Corner

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Nenas

Unknown | 12:08 PM |
NASI NENAS

Bahan-Bahan
1 biji bawang hana besar
2 biji bawang putih
1 sudu makan serbuk kunyit – kisar dan tumis hingga wangi
1 sudu makan gula
1 buku stok ayam
50gm udang kering

Cara-cara
• Bersihkan 2 cawan beras dan letak di dalam rice-cooker.Masukkan 2 cawan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi, biarkan masak.Nenas dibelah dua, dan keluarkan isinya.
• Setelah nasi masak, masukkan nasi ke dalam nenas yang telah dibuang isinya,Tabur dengan kepingan ayam dan bawang goreng.

Selamat mencuba..




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Minyak Berkismis

Unknown | 12:07 PM |
NASI MINYAK BERKISMIS

Bahan - bahan
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
• Bersihkan beras dan toskan airnya.
• Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih bersama kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan.
• Masukkan beras ke dalam periuk tumisan, kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
• Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
• Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan, taburkan kismis di atasnya.

Selamat mencuba..




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Goreng Sayuran

Unknown | 12:06 PM |
NASI GORENG SAYURAN

Bahan - bahan
800 g nasi putih
1 sudu besar kismis
12 biji buah prune tanpa biji
75 batang Kai Lan dipotong kecil
4 biji cendawan butang dipotong dadu
2 keping cendawan hitam dipotong dadu
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar kicap cair
1/4 sudu teh serbuk lada putih

Cara membuatnya
• Panaskan minyak, masukkan batang Kai Lan, cendawan butang, cendawan hitam dan goreng hingga masak. Campurkan nasi dan goreng hingga sebati.
• Masukkan perasa dan gaul rata. Angkat dan hidang.
• Apabila menghidang taburkan kismis dan buah prune

Selamat mencuba...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Dhal Majerin

Unknown | 12:06 PM |
NASI DHAL MAJERIN


Bahan-Bahan
2 tin susu beras basmati (direndam selama 20 minit)
¾ cawan dal kacang kuda (direndam selama 30 minit)
Sedikit badam dan gajus
¾ tin susu cair carnation
1 ¼ tin air
1 cube ayam
2 biji bawang (di mayang)
6 batang lobak kecil (dipotong ikut suka)
1 cawan majerin yang dicairkan dicampur dengan minyak sayuran
1 sudu makan halia yang dikisar
½ sudu makan lada puteh
Sedikit cengkih, kayu manis, buah pelaga
Beberapa helai daun ketumbar
2 batang serai di titik
Garam secukupnya

Cara Cara
• Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan 2 biji bawang yang di mayang, cengkih, kayu manis, buah pelaga, halia kisar, bawang putih kisar dan lada putih, badam dan gajus
• Apabila agak wangi masukkan beras, kacang dal, lobak, susu cair, stock ayam dan air
• Di gaul kesemuanya dan ditutup periuk hingga nasi masak.

Selamat mencuba...



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Dagang

Unknown | 12:05 PM |
Nasi Dagang

Bahan-bahan:
.5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
.2 cawan santan pekat
.4 cawan santan cair
.1 sudu besar halba
.7 ulas bawang merah kecil, mayang halus
.4 ulas bawang putih, mayang halus
.1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
.Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara
.Didihkan air didalam periuk kukusan
.Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
.Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih
.Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
.Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
.Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit)
.Masukkan juga bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
.Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Bohari Ayam

Unknown | 12:03 PM |
NASI BOHARI AYAM

Bahan-Bahan
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bokhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan

Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)

Cara Cara
• Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.
• Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.
• Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Ayam Claypot

Unknown | 12:01 PM |
NASI AYAM 'CLAYPOT'

Bahan-bahan (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris

Bahan-bahan (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan

Cara-cara
• Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
• Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
• Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.

Selamat mencuba...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Beriyani Daging/Kambing

Unknown | 11:58 AM |
NASI BERIYANI DAGING/KAMBING

Bahan - bahan NASI BERIYANI
4 tin (tin susu cair) beras Basmathi
4 tin air
5 camb susu cair
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
garam
1 tangkai daun bawang, daun sadri dan daun pudina
sedikit kekuma direndam dengan air mawar dan pewarna kuning
Buah pala - mcm buah getah, kupas kulit yang kering, ambil isinya.
Minyak daripada kuah beriyani

Cara-cara
• Tumiskan bawang yang telah dikisar Masukkan air, susu, daun bawang, sadri dan daun pudina serta garam biarkan mendidih.
• Masuk beras yang telah di tos agak-agak nak kering, masukkan kekuma yang telah direndan kesemuanyanya dan juga minyak daripada kuah beriyani. tutup dan biar kan api perlahan

Bahan-bahan DAGING BERIYANI
2 kilo Daging lembu/kambing (yang fresh)
4 camb rempah beriyani (selalu beli kat Muar)
4 biji bawang besar goreng hingga garing
10 ulas bawang putih }
10 ulas bawang merah }dikisar
50 gm halia }
5 kuntum bunga cengkih ] rempah kasar
5-6 bunga lawang ] digoreng tanpa
5-6 buah pelaga ] minyak dan
2 batang kulit kayu manis] dikisar halus
1 biji buah pala kering ]
4 tangkai daun pudina }
4 tangkai daun sadri }dimayang halus
4 tangkai daun bawang }
4 tangkai cili hijau - dikisar
3 biji tomato buah - dicincang
3 camb tomato puree
100 gm kismis
150 gm gajus - digoreng
1/2 tin susu cair
2 biji limau nipis (limau ini diperah di atas susu cair untuk dijadikan tairu)
Garam secukup rasa
1 cawan Minyak Mazalo dan 3 camb besar minyak sapi untuk menggoreng bahan bawang, kemudian biji gajus dan akhir sekali goreng rempah beriyani yang dicampurkan dengan rempah kasar yang telah dikisar halus

Cara-cara
• Potong daging jangan terlalu kecil (agak-agak dlm 4-5 inci) Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar, daun pudina, daun sadri, daun bawang, cili hijau, tomato buah, tomato puree, kismis, garam dan gaulkan bersama serta perap dalam 1 jam.
• Kemudian masukkan rempah yang telah digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali, bawang goreng dan jagus. Biar di atas api sehingga daging empuk.
• Masukkan tairu dan biar di atas api perlahan. Apabila dah cukup masak, minyak akan timbul dan ambil minyak tersebut untuk dijadikan tumisan Nasi Beriyani.
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Al Ambra

Unknown | 11:56 AM |
NASI AL-AMBRA

Bahan-Bahan
Untuk 6 hidangan

Bahan A:
1 kg beras basmati
(dicuci & direndam selama 30 minit)
1 batang kayu manis
3 biji pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan (dicuci & dipintal)
3 sdm minyak kacang
1/2 cawan susu rendah lemak
5 ulas bawang putih (dikisar)
4 sm halia (dikisar)
1.5 liter air
1 sdt garam

Bahan B:
500 g lobak merah
(dicuci bersih & dipotong dadu)
400 g kacang buncis (dihiris halus)
500 g daging lembu tanpa lemak (dikisar)
3 biji putih telur
1/2 sdt garam
1 sdt serbuk lada hitam

Cara Cara
Bahan A:
• Tumis bawang putih, halia kisar bersama kayu manis, bunga cengkih dan pelaga
• sehingga wangi.

• Masukkan daun pandan dan susu rendah lemak.
• Apabila sudah mendidih masukkan beras dan masak sehingga tanak.

Bahan B:
• Masak daging di atas kuali hingga separuh kering.
• Masukkan lobak merah, kemudian masukkan kacang buncis, garam, lada hitam dan putih telur.
• Kacau sehingga rata.
• Campuran daging ini di masukkan ke dalam nasi yang sudah tanak dan dikacau rata.


Bahan-bahan untuk salad:
7 batang lada merah (dikisar halus)
1/4 sdt garam
1/2 sdm gula timbang (brown sugar)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
2 sdm daun ketumbar (dihiris)
1 biji jus limau kasturi

Cara-cara:
• Satukan semua bahan-bahan dan gaul rata.
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.