Nasi Ayam Hainan

Unknown | 9:32 PM |
Nasi Ayam Hainan

Stok sup ayam
.1 ekor ayam/stok ayam ( ikut suka )
.Akar Daun ketumbar
.Air 3 lt

Nasi
.1 kg beras mathi/siam
.150 g planta
.30 g bawang merah-blend
.30 g bawang putih-blend
.30 g halia muda-blend
.3 helai daun pandan
.1.5 lt stok ayam
.Garam

Cara-cara
.Panaskan planta
.Tumiskan bahan2 blend
.Masukan daun pandan
.Air stok ayam & garam
.Masukan beras

Ayam goreng
.1 ekor ayam ( yg telah di rebus td )
.cuka-lumurkan pd ayam
.Gula perang yg di cairkan-lumurkan pd ayam
.Minyak

*Tips.
Gantungkan ayam untuk keringkan airnye( 1 Jam )
.Masukan ayam ke dlm minyak yg telah betul2 panas

Sos cili
.2 biji limau nipis
.Bawang  merah
.Bawang putih
.Halia
.Sos cili
.Gula
#Bahan2 di atas mengikut sukatan anda

Sos kicap
.Kicap cair
.Serbuk pati ayam
.kicap pekat
.Sos ikan
.Minyak bijan
.Gula

#Bahan2 di atas mengikut sukatan anda

Selamat Mencuba...



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cencaru Masak Jawa

Unknown | 3:10 PM |
Cencaru Masak Jawa

Bahan-bahan
.4 ekor ikan cencaru
.10 biji cili padi - tumbuk
.3 inci kunyit hidup - tumbuk
.5 biji bawang merah - tumbuk
.2 biji bawang putih - tumbuk
.3 batang serai - titik
.2 biji cili merah - hiris
.250ml santan
.2 keping asam gelugor
.Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
.Goreng ikan terlebih dahulu. Ketepikan
.Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak
.Masukkan serai. Tumis hingga naik bau.
.Masukkan santan, cili merah n asam gelugor.
.Didihkan kuah n baru lah masukkan ikan goreng.
.Masak hingga kuah pekat.
.Siap di hidang


Selamat Mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kekalkan Rasa Udang

Unknown | 10:06 PM |
Kekalkan Rasa Udang

Bersihkan udang yg hendak dimasak terlebih dahulu. Kemudian, bilas sekali lagi dengan air kelapa sebelum ditanggalkan kulitnya. Kulit yang telah ditanggalkan ada gunanya. Bungkus Kulit-kulit udang tersebut ke dalam kain kapas dan ikat (buat seperti bunjut). Masukkan bungkusan tersebut ke dalam masakan udang anda dan buang setelah selesai memasak.

Udang Galah Sungai



Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Udang Masam Manis

Unknown | 9:51 PM |
Udang Masam Manis


Bahan-bahan
.400g udang
.1 biji bawang besar - hiris kasar
.1 biji tomato - belah 4
.1 biji cili merah - hiris
.3 biji bawang merah - blend
.2 biji bawang putih - blend
.2 inci halia - blend
.1 sudu cili blender
.3 sudu sos tiram
.2 sudu sos plum
.sedikit daun ketumbar
.Garam & gula secukup rasa
.minyak

Cara-cara
.Tumis bahan blend
.Masukkan cili blender.Tumis hingga naik bau
.Masukkan sos plum, sos tiram n sedikit air
.Tunggu seketika
.masukkan udang, cili merah, tomato n hiriasn daun ketumbar
.Siap utuk dihidang


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Apam Citrawarna

Unknown | 2:11 PM |
Apam Citrawarna


Bahan-bahan
.4 biji telur saiz A
.200g gula pasir
.2 sudu teh ovalatte
.1 sudu teh esen vanilla
.250ml santan
.300g tepung gandum
.1 sudu teh baking powder
.Pewarna

Cara-cara
.Pukul telur, gula & ovalatte hingga kembang
.Masukkan santan & esen vanilla,gaul sebati
.Masukkan tepung gandum yg telah di ayak bersama baking powder
.Gaul Rata
.Bahagi kepada 2 @ 3 mengikut warna pilihan
.Tuang ke dalam loyang selapis demi selapis
.Kukus hingga masak (30 - 45 minit)
.Sejukkan n potong

Pandangan Dari Atas
*Hidang bersama kelapa parut(ambil yg putih) yg telah di gaul bersama sedikit garam

Selamat mencuba...



.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Puding Roti Kukus

Unknown | 4:41 PM |
Puding Roti kukus


Bahan-bahan A
.2 keping roti sandwich
.1 cawan susu cair
.1/2 cawan susu pekat
.1 cawan air
.2 sudu makan tepung kastad

Bahan B
.Hirisan tepi roti secukupny

Cara-cara
.Hiris tepi roti n asingkan
.Blend bahan A
.Loyang di sapu sedikit planta
.Masukkan hirisan tepi roti tadi ke dlm loyang
.Tuang bahan ya di blender ke dlm loyang
.Kukus hingga masak (15-20 minit)
.Sejukkan n siap di hidang

selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Atasi Masalah Nasi Lembik

Unknown | 2:41 PM |
Atasi Maslah Nasi Lembik

Kuatiti air bagi satiap beras adalah berlainan..Ada yg perlu banyak air dan ada yang tidak.Untuk mengatasi maslah ini,ambil sebiji telur yg telah di basuh bersih lalu di letakkan di dalam periuk nasi.Angkat telur tadi bila nasi sudah menjadi seperti yang kita inginkan..

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kosui

Unknown | 2:25 PM |
Kuih Kosui


Bahan-Bahan
.300gm tepung gandum
.100gm tepung ubi
.1 sudu teh air kapur
.300gm gula merah
.200gm gula pasir
.Air secukupnya
.Kelapa parut -ambil yg putih & gaul sedikit garam

Cara-cara
.Masak gula merah,gula pasir & sadikit air.
.Tunggu cair & tapis.
.Masukkan tpg gandum & tpg ubi ke dlm air gula tadi.Kacau sebati.
.Masukkan air kapur dan kacau rata.
.Tuang ke dlm loyang yg di sapu sedikit minyak.
.Kukus hingga masak (20 - 30 minit)
.Sejukkan & boleh di potong
.Hidang bersama kelapa parut.

Selamat Mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Makaroni Sup Ayam

Unknown | 12:58 AM |
Makaroni Sup Ayam


Bahan -Bahan
.1 liter air
.100g makaroni-direbus
.Sedikit isi ayam-potong dadu
.5 ulas bwg merah-blend
.2 ulas bwg putih -blend
.2 inci halia -blend
.1 btg lobak merah -potong ikut suka
.1 tangkai daun sup -hiris nipis
.Sedikit bwg goreng
.Garam & lada sulah secukup rasa

Cara-cara
.Didihkan air
.Masukkan bahan blend
.Masukkan ayam & lobak merah
.Tunggu sebentar..
.Masukkan makaroni yg siap di rebus tadi
.Taburkan daun sup n bwg goreng
.Siap untuk di hidang

Selamat Mencuba...
.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Taugeh Tidak Rosak & Lembik

Unknown | 12:15 AM |
Taugeh Tidak Rosak & Lembik

Untuk mengelakkan taugeh daripada cepat lembik dan rosak,mudah saja.Cuba petua ini..masukkan taugeh ke dalam mangkuk berisi air.Campurkan sedikit garam ke dalam air tadi untuk mengelakkan taugeh menjadi cepat lembik..InsyaAllah...taugeh akan tahan lama.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kacang Panjang Sentiasa Segar

Unknown | 9:30 PM |
Kacang Panjang Sentiasa Segar

Sayur-sayuran amat baik untuk kesihatan termasuk sayuran jenis kekecang.Untuk mengekalkan sayur kacang panjang yang kelihatan kehijaun dan sentiasa segar,cuba petua ini.Ambil sagenggam garam dan gaulkan keseluruhan kacang panjang yang telah dipotong dan bersihkan.Biarkan seketika sebelum dimasak.Hasilnya,anda dapati sayur kacang anda akan kelihatan segar dan kehijauan walaupun ia telah dimasak dan dibiarkan sejuk.
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Elak Tauhu Dari Melekat

Unknown | 9:29 PM |
Elak Tauhu Dari Melekat Semasa Menggoreng

Pasti ramai yang menggemari tauhu goreng.Namun begitu biasanya tauhu akan melekat jika di goreng.Untuk mengatasi masalah tersebut,taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum tauhu di goreng.Hasilnya,tauhu tidak akan melekat lagi semasa menggoreng.
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Merebus Kacang Hijau

Unknown | 9:25 PM |
Cara Mudah Merebus Kacang Hijau

Anda mempunyai masalah ketika merebus kacang hijau? Petua ini boleh membantu anda.Caranya,masukan kacang hijau ke dalam periuk,dan biarkan ia hingga mendidih.Kemuadian,Masukan 2-3 sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang hijau.Insyaallah,kacang tersebut pasti mudah untuk di masak.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Puding Karemal

Unknown | 9:22 PM |
Puding Karemal

Bahan A
.1 1/2 senduk gula perang
.sedikit air

Bahan B
.1 bungkus serbuk agar2 11g
.2 cawan air
.2 senduk gula pasir

Bahan C
.1 tin susu cair
.2 sudu tepung Kastard} ke 3 3 bahan c di adun sekali
.1 sudu teh vanila

Cara-cara
.Hanguskan Bahan A
.Didihkan Bahan B
.Masukan Bahan C,kacau sehingga agak2 pekat
.Tuangkan Ke dlm loyang,sejukan dan Siap untuk di hidangkan

Selamat Mencuba...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kek Coklat Kukus

Unknown | 9:20 PM |
Kek Coklat Kukus


Bahan A (Blend)
.2 biji telur size A
.1 cawan gula
.1 cawan minyak masak
.1 sudu esen vanila

Bahan B
.1 cawan susu pekat
.1 cawan air

Bahan C
.1 cawan tepung gandum-baker choice
.1 cawan serbuk koko
.1 sudu soda bikarbonat

Cara-cara
.Ayak bahan C
.Bahan B di campurkan menjd 1 adunan
.Campurkan bahan A & B kedlm bahan C
.Kacau hingga sebati & tuangkan ke dlm loyang
.Kukus sehingga 30-45 min

Siap untuk di hidangkan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Lapis Bersari

Unknown | 9:17 PM |





Bahan-bahan A
.1 1/2 cawan gula halus
.1/4 cawan air

Bahan-bahan B
.2 1/2 cawan santan
.1 1/2 cawan tepung ubi
.1/2 cawan tepung beras
.Perwarna merah

Cara-cara
.Masakan bahan A sehingga pekat dan sejukan untuk bahan B
.Masukan bahan A tadi dgn tepung dan kacau hingga sebati
.Campurkan dgn santan
.Bahagikan kepada 2 bahagian,merah dan putih
.Kukus selapis demi selapis ( 10 min setiap lapisan )
.Ulangi proses lapisan td sehingga habis adunan




Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.