Chappathi

Unknown | 8:33 AM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Chappathi


   


Bahan-bahan
 - 3 cawan tepung atta
 - 1 sudu besar minyak sapi
 - Sedikit garam
 - Air secukupnya

Cara Menguli
 - Masukkan tepung atta ke dalam bekas besar
 - Masukkan minyak sapi dan garam
 - Ramas-ramas tepung sebentar
 - Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli
 - Uli hingga menjadi boh yang lembut
 - Doh bahagikan kepada beberapa bahagian
 - Ambil doh tadi dan buat bebola hingga habis
 - Rehatkan doh sebentar dalam 15 mini
 - Taburkan sedikit tepung atta diatas papan pencanai
 - Ambil 1 bahagian doh tadi dan canai doh menjadi bentuk bulat
 - Canai doh jangan terlalu nipis 
 - Masak doh diatas kuali leper tanpa minyak
 - Balik-balikkan dan tunggu masak
 - Hidang chappathi bersama sambal, kari atau pn sardin



Selamat Mencuba
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cucur Udang Roti

Unknown | 8:39 AM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Cucur Udang Roti

Hidang bersama sos kegemaran

Bahan-Bahan
 - 6 keping roti sandwich
 - 2 biji telur
 - Sebiji cili merah 
 - Sebiji bawang besar
 - Sedikit daun bawang@ daun sup@daun kucai
 - Sedikit lada hitam hancur
 - Garam
 - Udang kertas putih
 - Garam dan perasa secukupnya
 - Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan
 - koyak-koyakkan roti menjadi kecil
 - Hiris cili merah, bawang besar dan daun bawang
 - Dalam bekas besar, pukul telur bersama garam, perasa dan lada hitam
 - Masukkan hirisan cili, bawang dan daun bawang ke dalam telur
 - Kacau rata dan masukkan roti
 - Gaul rata dan kepal-kepal menjadi bulat dan sumbatkan udang di tengah-tengahnya
 - Buat hingga habis
 - Goreng seperti biasa
nie ler rupa bancuhan roti tadi sebelum dikepal2
Selamat Mencuba Yer..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sambal Terung

Unknown | 1:30 PM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Sambal Terung





Bahan-bahan
 - 2 biji terung bulat
 - Sekeping tempe
 - 10 biji cili api (boleh tambah jika suka pedas)
 - 3 biji bawang merah
 - 2 ulas bawang putih
 - Sedikit udang kering @ ikan bilis (rendam sekejap)
 - Sedikit pes asam jawa 
 - Sedikit kelapa parut (nak letak lebih pn boleh)
 - Gula, garam dan perasa
 - Minyak masak

Cara menbuat
 - Kupas terung dan potong nipis
 - Kukuskan sebentar terung hingga lembut supaya senang nk tumbuk
 - Tempe potong dadu dan goreng sebentar
 - Tumbuk tempe goreng (jangan lumat sangat) dan ketepikan 
 - Gaul kelapa parut bersama pes asam jawa 
 - Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan udang kering@ikan bilis
 - Tumbuk terung lumat@ kasar
 - Campurkan bahan yg ditumbuk ke dalam kelapa parut tadi
 - Tumiskan sebentar campuran tadi dengan sedikit minyak 
 - Masukkan gula, garam dan perasa
 - Tumis hingga semua campuran sebati dan kering sedikit
 - Akhir sekali gaulkan sambal terung bersama tempe goreng tadi
 - Siap di hidang

Selamat mencuba...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Air Detox 1

Unknown | 12:36 PM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Air Detox

segar menyegarkan

Bahan-bahan
 - Sebiji timun saiz sedang
 - Sebiji buah lemon
 - Sedikit halia
 - Sedikit daun pudina (jumlah pudina terpulang pd masing2)
 - Air 1 liter
 - 1 sudu makan madu
bahan yang mudah didapati

Cara Penyediaan
  - Hiris nipis semua bahan kecuali daun pudina n madu
  - Masukkan bahan hirisan ke dalam bekas yg berpenutup
  - Tekan-tekan bahan tadi supaya keluar jusnya
  - Ambil daun pudina dan ramas-ramaskan 
  - Masukkan daun pudina kedalam bekas tadi
  - Masukkan juga madu dan air 1 liter
  - Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk 
  - Selepas 4 jam barulah boleh minum@ biar semalaman baru minum

hirisan timun, lemon, halia dan daun pudina
 
Selamat mencuba

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daging Salai Lemak Cili Api

Unknown | 2:20 PM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Daging Salai Lemak Cili Api

Mmg terangakt lh lemak daging salai..lg best klu masak bersama belimbing buluh
 Bahan-bahan
 - Daging salai
 - Bawang merah
 - Kunyit hidup secukupnya
 - Cili api mengikut selera
 - Santan pekat
 -  Asam keping 
 - Kentang potong 4
 - Serai dititik 
 - Daun kunyit hiris halus
 - Garam & perasa secukupnya
ini ler rupa daging salai


Cara-cara memasak
 - Hiris nipis daging salai supaya cepat empuk 
 - Blenderkn bawang merah, kunyit hidup dan cili api
 - Dalam periuk, masukkan air dan serai titik 
 - Masukkan juga bahan yang siap blender tadi
 - Jangan lupa masukkan hirisan daging salai
 - Masak hingga daging hampir empuk, masukkan kentang dan asam keping
 - Bila daging dan kentang empuk dengan sempurna, masukkan santan pekat
 - Sentiasa kacau, masukkan hirisan daun kunyit
 - Perasakan dengan garam dan perasa
 - Tunggu santan masak dan matikan api 
 
Selamat Mencuba..:)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sardin Roll

Unknown | 1:51 PM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

 Sardin Roll

mcm karipap gek..tp terover rajin nk roll plk :)


Bahan Doh
 - 5cwn tepung gandum
 - 2sudu mkn majerin
 - 3sudu mkn minyak masak
 - Sedikit air suam + garam sedikit

Cara bancuh doh
 - Panaskan majerin n minyak masak
 - Tuang minyak ke dalam tepung
 - Ramas-ramas tepung hingga jadi seperti serbuk roti
 - Tuang air garam sedikit demi sedikit sambil menguli 
 - Rehatkan doh sebentar dalam 15minit sebelum start mencanai
 - Bahagikan doh menjadi bahagian yg kecil
 - Ambil doh yg kecil n canai nipis-nipis memanjang
 - Bubuh inti dan roll je terus
 - Sebelum roll sampai abis,carik2 dulu 
 - Dan bolehlah roll sampai abis
 - Untuk lekatkan ujung doh tu, sapu sedikit air(sebagai gam)
 - Ulangi proses hingga abis..

Bahan Untuk Inti

 - Sama macam buat inti karipap 
 - Tapi inti jangan lembap sangat.. 
 - Supaya inti tak terkeluar dari roll

inti sardin+kentang


Selamat Mencuba 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pajeri Nenas

Unknown | 2:44 PM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner


       Pajeri Nenas

Enak dimakan bersama nasi minyak @ nasi puih




Bahan-bahan
 - 1/2 biji nenas di rebus sekejap(simpan air rebusan)
 - Sedikit santan pekat
 - Sedikit udang kering(rendam n tumbum)
 - Sebiji bawang besar ditumbuk lumat
 - 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
 - Sedikit halia ditumbuk lumat
 - 2 sudu mkn serbuk kari 
 - 2 sudu mkn kerisik
 - Cili hidup merah belah 2
 - Gula melaka secukupnya
 - Garam n perasa secukupnya
 - Minyak utuk menumis


Cara-cara

 - Panaskan minyak dan tumis bahan yg siap ditumbuk
 - Tumis hingga wangi
 - Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak
 - Masukkan air rebus nenas tadi
 - Tuang santan pekat dan tunggu didih
 - Masukkan kerisik, garam, perasa
 - Sagatkan sedikit gula melaka
 - Masukkan nenas dan cili merah
 - Kacau rata dan rasa
 - Tunggu pekat
 - Siap untuk dihidang 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kari Nenas Ikan Masin Kurau

Unknown | 3:15 PM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Kari Nenas Ikan Masin Kurau





Bahan-bahan 
- Ikan masin kurau (rendam dgn air garam sebntr)
- 1/2 biji nenas potong ikut citarasa masing2
- 4 ulas bawang merah blender
- 2 ulas bawang putih blender
- Sebiji bawang besar mayang nipis
- Sedikit halba 
- Sedikit biji sawi
- Rempah kari ikan sepeket kecil
- Setangkai daun dari
- Santan secukupnya
- Sedikit minyak utk menumis
- Garam, gula n perasa

Cara-cara
- Panaskan minyak dlm periuk n tumis bawang merah n putih 
- Masukkan daun kari, halba n biji sawi
- Tumis hingga wangi n masukkan bawang besar yg siap  di mayang td
- Bancuh serbuk kari dgn sedikit air
- Tuang pes kari n tumis hingga pecah minyak
- Boleh lah masukkan santan
- Tunggu sebentar baru masukkan ikan masin tadi
- Kacau sebentar barulah masukkan nenas..
- Tunggu didih  n perasakan
- Siap di hidang 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kari Ayam Mamak Style

Unknown | 12:31 AM |
Makan dgn nasi putih pn sedap...
wat cicah dgn roti jala n puri pn sedap

Bahan-Bahan
. 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
. Sebiji bawang besar - hiris
. Kulit kayu Manis
. Bunga lawang
. 2 helai daun pandan - di simpul
. 2 tangkai daun kari
. Kentang - belah 4
. Tomato buah - belah 2
. Santan
. Air
. Garam n perasa
. Minyak utk menumis

Bahan Blender
. 2 ulas bawang putih
. 2 inci halia
. Sebatang serai
. 1 sudu teh ketumbar
. 1 sudu teh jintan manis
. Sedikit lada hitam
. Sedikit lada sulah

Bahan Pes Kari (mengikut citara masing2)
. Serbuk kari ayam
. Serbuk kunyit
. Serbuk cili kering
*bancuh dengan sedikit air*

Cara-cara
. Panaskan minyak,masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang
. Masukkan bahan blender, daun pandan dan daun kari
. Tumis seketika dan masukkan bahan pes kari
. Tumis hingga wangi dan agak garing sedikit
. Masukkan kentang dan sedikit air
. Biarkan kentang agak empuk sedikit baru masukkan ayam
. Masukkan juga santan, garam dan perasa
. Masak hingga didih dan agak pekat sedikit
. Siap untuk dihidang
Citarasa Malaysia

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.