Paprik Daging

Unknown | 5:48 PM |
Masakan ala warong

Bahan-bahan
.1/2kg daging - hiris nipis n rebus (air rebusan jgn dibuang)
.2 batang serai - dititik
.5 ulas bawang putih - dititik
.3 inci halia muda - tumbuk lumat
.5 sudu cili kering blender
.3 sudu sos tomato
.3 sudu sos tiram
.2 helai daun limau purut
.Sebiji bawang besar - hiris nipis
.3-5 biji cili padi - titik
.1/2 biji lobak merah
.Sedikit bunga kobis
.Sebiji tomato - belah 4
.Sedikit sos ikan (nampla)
.Sedikit minyak bijan
.Garam & gula
.Minyak

Cara-cara
.Tumis halia, serai dan bawang putih hingga naik bau
.Masukkan cili kering blender dan tumis lagi
.Masukkan sos tomato dan sos tiram
.Masukkan daging rebus dan sedikit air rebusan
.Masukkan daun limau purut, cili padi, bawang besar dan sayuran
.Perasakan dan masukkan sos ikan mengikut citarasa
.Padamkan api dam masukkan minyak bijin sebelum dihidang

*jika mahu kuah pekat,masukkan sedikit tepung jagung
Ubah selera dengan masakan paprik

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Aiskrim Coklat Oreo

Unknown | 4:41 PM |
Lagi resepi aiskrim yang mudah 

Aiskrim permintaan anak

Bahan-bahan
.2 1/2 cawan susu coklat kotak
.2 1/2 cawan coffeemate
.Biskut Oreo secukupnya

Cara-cara
.Blender susu coklat bersama coffeemate hingga sebati
.Masukkan beberapa keping biskut oreo dan blender lagi hingga hancur
.Bekukan selama 2 -3 jam
.Keluarkan aiskim dan blender lagi
.Patah-patahkan baki biskut oreo dan masukkan sedikit biskut ke dalam aiskrim
.Gaul sekali bersama aiskrim
.Biskut oreo yang selebihnya bolehlah ditabur diatas aiskrim
.Bekukan sekali lagi

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Apam Gandum Inti Gula Merah

Unknown | 5:52 PM |
Apam Gandum

Bahan-bahan
.1 1/2 cawan air suam
.1 peket yis mauripan - 11g
.2  cawan tepung gandum
.1/2 cawan susu tepung
.1/2 cawan gula pasir
.Pewarna

Inti
.Gula merah secukupnya

Cara-cara
.Satukan yis bersama air suam dan kacau hingga yis sebati
.Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, susu tepung, gula dan gaul rata
.Masukkan air campuran yis sedikit demi sedikit
.Kacau rata bancuhan
.Masukkan tepung sedikit jika bancuhan nampak cair
.Bahagi 2 bancuha dan warnakan
.Perap dahulu selama 30 hingga 45 minit
.Panaskan kukusan dan sapu sedikit planta pada acuan
.Masukkan sedikit bancuhan dalam acuan dan taburkan sedikit gula merah
.Masukkan lagi bancuhan diatas gula merah tersebut
.Kukus bancuhan bila kukusan sudah panas
.Kukus selama 20 minit
.Sejukkan dan bolehlah dihidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kuih Getas Sira Gula Hangus

Unknown | 4:07 PM |
Kuih orang dulu-dulu menjadi kegemaran
Bahan-bahan kuih
.250g @ 1/2 peket tepung pulut
.150g @ 3 genggam kelapa parut
.130ml @ air secukupnya
.Sedikit garam

Gula Hangus
.1 cawan gula
.1/2 cawan air

Cara-cara
.Campurkan tepung pulut, kelapa parut dan sedikit garam
.Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin
.Buat bebola kecil dan leperkan @ mengikut citarasa sendiri
.Goreng dengan api kecil
.Untuk gula hangus pula, satukan semua bahan dan tunggu likat
.Masukkan kuih getas dalam gula hangus tersebut.
.Kacau hingga gula hangus meliputi semua kuih dan kering
.Siap untuk dihidang

*Boleh juga sira kuih getas seperti kuih keria
Kuih getas
 Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.