Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Chappathi

Unknown | 8:33 AM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Chappathi


   


Bahan-bahan
 - 3 cawan tepung atta
 - 1 sudu besar minyak sapi
 - Sedikit garam
 - Air secukupnya

Cara Menguli
 - Masukkan tepung atta ke dalam bekas besar
 - Masukkan minyak sapi dan garam
 - Ramas-ramas tepung sebentar
 - Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli
 - Uli hingga menjadi boh yang lembut
 - Doh bahagikan kepada beberapa bahagian
 - Ambil doh tadi dan buat bebola hingga habis
 - Rehatkan doh sebentar dalam 15 mini
 - Taburkan sedikit tepung atta diatas papan pencanai
 - Ambil 1 bahagian doh tadi dan canai doh menjadi bentuk bulat
 - Canai doh jangan terlalu nipis 
 - Masak doh diatas kuali leper tanpa minyak
 - Balik-balikkan dan tunggu masak
 - Hidang chappathi bersama sambal, kari atau pn sardin



Selamat Mencuba
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cucur Udang Roti

Unknown | 8:39 AM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Cucur Udang Roti

Hidang bersama sos kegemaran

Bahan-Bahan
 - 6 keping roti sandwich
 - 2 biji telur
 - Sebiji cili merah 
 - Sebiji bawang besar
 - Sedikit daun bawang@ daun sup@daun kucai
 - Sedikit lada hitam hancur
 - Garam
 - Udang kertas putih
 - Garam dan perasa secukupnya
 - Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan
 - koyak-koyakkan roti menjadi kecil
 - Hiris cili merah, bawang besar dan daun bawang
 - Dalam bekas besar, pukul telur bersama garam, perasa dan lada hitam
 - Masukkan hirisan cili, bawang dan daun bawang ke dalam telur
 - Kacau rata dan masukkan roti
 - Gaul rata dan kepal-kepal menjadi bulat dan sumbatkan udang di tengah-tengahnya
 - Buat hingga habis
 - Goreng seperti biasa
nie ler rupa bancuhan roti tadi sebelum dikepal2
Selamat Mencuba Yer..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sardin Roll

Unknown | 1:51 PM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

 Sardin Roll

mcm karipap gek..tp terover rajin nk roll plk :)


Bahan Doh
 - 5cwn tepung gandum
 - 2sudu mkn majerin
 - 3sudu mkn minyak masak
 - Sedikit air suam + garam sedikit

Cara bancuh doh
 - Panaskan majerin n minyak masak
 - Tuang minyak ke dalam tepung
 - Ramas-ramas tepung hingga jadi seperti serbuk roti
 - Tuang air garam sedikit demi sedikit sambil menguli 
 - Rehatkan doh sebentar dalam 15minit sebelum start mencanai
 - Bahagikan doh menjadi bahagian yg kecil
 - Ambil doh yg kecil n canai nipis-nipis memanjang
 - Bubuh inti dan roll je terus
 - Sebelum roll sampai abis,carik2 dulu 
 - Dan bolehlah roll sampai abis
 - Untuk lekatkan ujung doh tu, sapu sedikit air(sebagai gam)
 - Ulangi proses hingga abis..

Bahan Untuk Inti

 - Sama macam buat inti karipap 
 - Tapi inti jangan lembap sangat.. 
 - Supaya inti tak terkeluar dari roll

inti sardin+kentang


Selamat Mencuba 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kentang Cheezy@CorneR

Unknown | 3:38 PM |
Jalapeno Cheezy Souce
Kentang Cheezy


Bahan-bahan
- 300 gram jejari kentang/wedges
- 4 sudu Jalapeno Cheese Powder
- Sos cili
- Mayo
- Minyak untuk menggoreng
- Air suam ( secukupnye )

Cara-cara
- Goreng kentang hingga masak N toskan minyaknye
- Bancuhkan Jalapeno Cheese Powder dgn air suam(kepekatan ikut citararasa anda)
-Siap untuk di hidang bersama Mayo N sos cili

Selamat Mencuba..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kuih Keria@Kuih Gelang

Unknown | 4:41 PM |
kuih ni da manis so sira gula sikit je

Bahan-Bahan
. Beberapa biji keledek oren
. Tepung gandum secukupnya
. Secubit garam
. 5 sudu makan gula
. Sedikit air

Cara-Cara
. Bersihkan keledek dan potong kecil-kecil
. Rebus keledek hingga empuk
. Toskan airnya dan masukkan sedikit garam
. Lenyek sampai hancur sementara keledek masih panas
. Biarkan sejuk seketika
. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli
. Uli sehingga sebati
. Buat seperti bentuk donat hingga habis
. Goreng hingga kekuningan dan ketepikan
. Masak gula dan air sehingga didih serta pekat
. Masukkan kuih tadi dan gaul rata
. Gaul hingga gula nampak bertali baru tutup api
. Teruskan gaul sampai gula kering
. Siap untuk dijamu
ni lom sira lagi


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Puri Bersama Kari Ayam

Unknown | 3:43 PM |
Kepelbagaian citarasa

Bahan-Bahan
. 1/2kg tepung gandum
. 2 sudu makan marjerin
. 2 sudu makan minyak masak
. Sedikit Garam
. 1 cawan air suam

Cara-cara
. Satukan semua bahan kecuali air suam
. Masukkan air suam sedikit demi sedikit
. Uli sehingga licin
. Buat bebola dan leperkan
. Goreng dan semasa menggoreng tunggu sehingga kembung baru terbalikkan
. Makan semasa masih panas
Mudah disediakan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Puteri Salat @ Seri Muka

Unknown | 6:24 PM |
Atas manis...bawah lemak..

Bahan-bahan bawah
. 2 1/2 cawan beras pulut - cuci bersih dan rendam 2-3 jam
. 2 cawan santan cair
. Garam

Bahan-bahan atas
. 2 3/4 cawan santan pekat
. 1/2 cawan air pandan
. 3 biji telur
. 1 cawan gula pasir
. 1 cawan tepung gandum
. 1 sudu makan tepung jagung
. Pewarna hijau
. Garam

Cara-cara bawah
. Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang
. Ratakan beras pulut
. Satukan santan cair dan garam
. Masukkan santan ke dalam pulut tadi
. Kukus 20 minit
. Selepas 20 minit,tekan2 pulut supaya padat

*sementara tunggu pulut masak boleh buat untuk bahagian bawah

Cara-cara atas
. Satukan santan pekat, gula, telur, garam, air pandan dan kacau sebati
. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacau lagi supaya tak berketul
. Masukkan beberapa titik pewarna hijau dan kacau lagi
. Tapis bancuhan dan tuang ke atas pulut yang siap dikukus tadi
. Kukus lagi selama 20-25 minit
. Sejukkan sebelum dipotong
Untuk sarapan n minum petang pn boleh





Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pau Goreng

Unknown | 6:45 PM |
Sedap tu...gebu je..ade inti sardin n kacang merah
Bahan-bahan
. 250ml air suam *
. 5 sudu besar gula *
. 2 sudu makan yis mauripan *
. 500gm tepung gandum
. 3 sudu makan susu tepung
. 3 sudu makan marjerin
. 1 biji telur
. 1 sudu teh baking powder
. Sedikit garam

Inti
. inti kacang merah n sardin secukupnya

Cara-cara
. Bancuh bahan yang bertanda (*)
. Satukan tepung gandum, susu tepung, marjerin, telur, baking powder dan garam dalam satu bekas
. Gaul rata bahan-bahan tadi sehingga menjadi seakan2 serbuk roti
. Masukkan bancuhan air sedikit demi sedikit kedalam tepung
. Uli hingga doh tak melekat di tangan
. Bahagikan doh kepada bebola kecil
. Ambil bebola tadi dan leperkan dan letak inti secukupnya
. Tutup balik doh tadi supaya menjadi bentuk bebola
. Ulangi proses hingga habis
. Rehatkan doh selama 30 minit dan boleh lah di goreng

*tip penting semasa menggoreng pau...api jangan terlalu besar..takut nanti pau berjerawat*
comel je..
 Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.