Puri Bersama Kari Ayam

Unknown | 3:43 PM |
Kepelbagaian citarasa

Bahan-Bahan
. 1/2kg tepung gandum
. 2 sudu makan marjerin
. 2 sudu makan minyak masak
. Sedikit Garam
. 1 cawan air suam

Cara-cara
. Satukan semua bahan kecuali air suam
. Masukkan air suam sedikit demi sedikit
. Uli sehingga licin
. Buat bebola dan leperkan
. Goreng dan semasa menggoreng tunggu sehingga kembung baru terbalikkan
. Makan semasa masih panas
Mudah disediakan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ikan Masih Segar Walau Disimpan Lama

Unknown | 1:34 PM |
Imbas kembali petua nenek moyang kite..


        Petua ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak mempunyi masa yang banyak  ke pasar selalu. Hanya berbelanja seminggu sekali tapi ikan masih tetap segar walaupun disimpan lama didalam peti sejuk

Cara mengekalkan kesegarannya, adalah dengan bersihkan ikan yang telah di siang dan perap ikan dengan beberapa biji belimbing buluh yang diramas dan sedikit garam. Perapkan sebentar selama 15 minit, barulah dicuci bersih-bersih ikan tersebut.

 Masukkan ikan dalam beg plastik dan bungkus dengan kemas. Bolehlah ikan-ikan tersebut disimpan didalam peti sejuk. Hasilnya..ikan masih kelihatan segar walaupun disimpan lama. InsyAllah.. Selama mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jantung Pisang Masak Lemak Putih

Unknown | 12:20 PM |
menu kampung..



Bahan-bahan
. 2 biji jantung pisang(pisang nipah)
. Segenggam ikan bilis - tumbuk
. 3 biji bawang merah - tumbuk
. 2 biji bawang putih - tumbuk
. Santan dari 1/2 biji kelapa
. Garam

Cara-cara
. Jantung pisang belah 2 dan hiris nipis
. Taburkan sedikit garam pada jantung pisang tadi dan ramas bersama sedikit air
. Basuh bersih dan toskan jantung pisang
. Masukkan bahan yang siap di tumbuk ke dalam periuk
. Masukkan santan dan jantung pisang
. Didihkan dan masank hingga jantung pisang layu
Masukkan garam
. Siap untuk dihidang..

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.