Home » » Sambal Terung

Sambal Terung

Eriyana Che yan | 1:30 PM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Sambal Terung





Bahan-bahan
 - 2 biji terung bulat
 - Sekeping tempe
 - 10 biji cili api (boleh tambah jika suka pedas)
 - 3 biji bawang merah
 - 2 ulas bawang putih
 - Sedikit udang kering @ ikan bilis (rendam sekejap)
 - Sedikit pes asam jawa 
 - Sedikit kelapa parut (nak letak lebih pn boleh)
 - Gula, garam dan perasa
 - Minyak masak

Cara menbuat
 - Kupas terung dan potong nipis
 - Kukuskan sebentar terung hingga lembut supaya senang nk tumbuk
 - Tempe potong dadu dan goreng sebentar
 - Tumbuk tempe goreng (jangan lumat sangat) dan ketepikan 
 - Gaul kelapa parut bersama pes asam jawa 
 - Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan udang kering@ikan bilis
 - Tumbuk terung lumat@ kasar
 - Campurkan bahan yg ditumbuk ke dalam kelapa parut tadi
 - Tumiskan sebentar campuran tadi dengan sedikit minyak 
 - Masukkan gula, garam dan perasa
 - Tumis hingga semua campuran sebati dan kering sedikit
 - Akhir sekali gaulkan sambal terung bersama tempe goreng tadi
 - Siap di hidang

Selamat mencuba...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.