Bebola keledek Manis

Eriyana Che yan | 10:28 AM |
Bebola yang siap dimekup dengan gula salji

Bahan-bahan
.500g ubi keledek kuning
.1 biji telur
.Tepung gandum(sukatan bergantung pada keledek)
.1 sudu teh soda bikarbonat
.Secubit garam
.Gula Melaka - untuk inti
.Minyak

Cara-cara
.Rebus ubi keledek hingga lembut
.Buang air rebusan dan lenyek keledek
.Masukkan telur, garam dan uli rata
.Masukkan tepung gandum yang siap diayak bersama soda bikarbonat
.Uli lagi
.Masukkan sedikit tepung gandum lagi jika doh masih lembik
.Uli doh sehingga kenyal dan tidak melekit di tangan
.Bentukkan doh menjadi bebola atau mengikut citarasa sendiri
.Jika suka, masukkan gula Melaka sebagai inti
.Bolehlah digoreng bebola tersebut
.Siap untuk dinikmati

Bebola keledek yang berinti
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sotong Xpress@Corner

Eriyana Che yan | 4:41 PM |
Resepi mudah dan cepat dimasak
Bahan-bahan
.300g sotong - potong bulat
.5 biji bawang merah - tumbuk
.3 ulas bawang putih - tumbuk
.10 biji cili padi - tumbuk
.2 batang serai - dititik
.2 keping asam keping
.Garam & gula
.Minyak

Cara-cara
.Tumis bahan tumbuk hingga naik bau
.Masukkan serai titik
.Kacau sebati
.Masukkan sotong & asam keping
.Perasakan mengikut selera
.Sedia dihidang

Sotong xpress@corner


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kolak Campur

Eriyana Che yan | 3:02 PM |
Pilihan menu musim panas

Bahan-bahan
.300ml santan
.100ml air
.50g keledek - cuci n potong dadu
.5 biji pisang - potong bulat
.100g tepung pulut
.50g tepung gandum
.3 helai daun pandan
.Pewarna
.Gula & garam secukupnya

Cara-Cara
.Didihkan air bersama daun pandan dan keledek
.Sementara itu, tepung pulut dan tepung gandum diuli dengan air dan sedikit garam
.Bahagi 2 doh dan warnakan setiap satu
.kemudian doh tepung tadi dibentuk bulat-bulat atau memanjang
.Masukkan doh dalam air rebusan keledek tadi
.Masukkan gula dan secubit garam
.Masukkan pisang dan santan
.Kacau rata n tunggu santan didih sebentar
.Sesuai disaji sejuk2

Kolak campur

 Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Apam Gebu

Eriyana Che yan | 4:00 PM |
Apam yang seakan kek span

Bahan-bahan
.2 biji telur saiz A
.200g gula pasir
.1 sudu makan ovalett
.200ml susu cair/susu segar
.300g tepung gandum
.Sedikit essen vanilla
.Pewarna

Cara-cara
.Pukul telur dan gula hingga gebu pada kelajuan maxima
.Masukkan ovalett dan susu cair
.Pukul lagi hingga semua bahan sebati
.Masukkan essen vanilla
.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
.Pukul adunan hingga gebu dan menjadi pekat
.Bahagi adunan kepada beberapa bahagian
.Warnakan setiap satu mengikut warna pilihan
.Masukkan dalam acuan @ loyang yang siap disapu sedikit planta
.Kukus selama 7 -10 minit
.Sejukkan dan sedia dihidang

Sesuai untuk sarapan dan minum petang
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ayam Marsala

Eriyana Che yan | 3:12 PM |
Ayam marsala

Bahan-bahan
.1/2 ekor ayam - cuci & potong
.5 biji bawang merah - dimayang
.4 ulas bawang putih - dimayang
.3 inci halia muda - dimayang
.1 batang kayu manis
.2 kuntum bunga lawang
.3 biji buah pelaga
.4 kuntum bunga cengkih
.5 sudu sos tomato
.5 sudu sos cili
.2 sudu pes cili
.4 sudu serbuk garam marsala
.2 biji buah tomato - belah 4
.Garam & gula
.Minyak

Cara-cara
.Goreng ayam separuh masak
.Tumis bahan yang dimayang
.Masukkan bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih
.Tumis hingga naik bau
.Masukkan pes cili, sos tomato, sos cili dan garam marsala
.Kacau rata dan perasakan
.Masukkan ayam yang digoreng tadi bersama buah tomato
.Gaul rata
.Sedia untuk dinikmati

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.