Sambal Terung

Unknown | 1:30 PM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Sambal Terung





Bahan-bahan
 - 2 biji terung bulat
 - Sekeping tempe
 - 10 biji cili api (boleh tambah jika suka pedas)
 - 3 biji bawang merah
 - 2 ulas bawang putih
 - Sedikit udang kering @ ikan bilis (rendam sekejap)
 - Sedikit pes asam jawa 
 - Sedikit kelapa parut (nak letak lebih pn boleh)
 - Gula, garam dan perasa
 - Minyak masak

Cara menbuat
 - Kupas terung dan potong nipis
 - Kukuskan sebentar terung hingga lembut supaya senang nk tumbuk
 - Tempe potong dadu dan goreng sebentar
 - Tumbuk tempe goreng (jangan lumat sangat) dan ketepikan 
 - Gaul kelapa parut bersama pes asam jawa 
 - Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan udang kering@ikan bilis
 - Tumbuk terung lumat@ kasar
 - Campurkan bahan yg ditumbuk ke dalam kelapa parut tadi
 - Tumiskan sebentar campuran tadi dengan sedikit minyak 
 - Masukkan gula, garam dan perasa
 - Tumis hingga semua campuran sebati dan kering sedikit
 - Akhir sekali gaulkan sambal terung bersama tempe goreng tadi
 - Siap di hidang

Selamat mencuba...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Air Detox 1

Unknown | 12:36 PM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Air Detox

segar menyegarkan

Bahan-bahan
 - Sebiji timun saiz sedang
 - Sebiji buah lemon
 - Sedikit halia
 - Sedikit daun pudina (jumlah pudina terpulang pd masing2)
 - Air 1 liter
 - 1 sudu makan madu
bahan yang mudah didapati

Cara Penyediaan
  - Hiris nipis semua bahan kecuali daun pudina n madu
  - Masukkan bahan hirisan ke dalam bekas yg berpenutup
  - Tekan-tekan bahan tadi supaya keluar jusnya
  - Ambil daun pudina dan ramas-ramaskan 
  - Masukkan daun pudina kedalam bekas tadi
  - Masukkan juga madu dan air 1 liter
  - Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk 
  - Selepas 4 jam barulah boleh minum@ biar semalaman baru minum

hirisan timun, lemon, halia dan daun pudina
 
Selamat mencuba

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daging Salai Lemak Cili Api

Unknown | 2:20 PM |
Free Online Recipes Gastronomi@Che Yan Corner

Daging Salai Lemak Cili Api

Mmg terangakt lh lemak daging salai..lg best klu masak bersama belimbing buluh
 Bahan-bahan
 - Daging salai
 - Bawang merah
 - Kunyit hidup secukupnya
 - Cili api mengikut selera
 - Santan pekat
 -  Asam keping 
 - Kentang potong 4
 - Serai dititik 
 - Daun kunyit hiris halus
 - Garam & perasa secukupnya
ini ler rupa daging salai


Cara-cara memasak
 - Hiris nipis daging salai supaya cepat empuk 
 - Blenderkn bawang merah, kunyit hidup dan cili api
 - Dalam periuk, masukkan air dan serai titik 
 - Masukkan juga bahan yang siap blender tadi
 - Jangan lupa masukkan hirisan daging salai
 - Masak hingga daging hampir empuk, masukkan kentang dan asam keping
 - Bila daging dan kentang empuk dengan sempurna, masukkan santan pekat
 - Sentiasa kacau, masukkan hirisan daun kunyit
 - Perasakan dengan garam dan perasa
 - Tunggu santan masak dan matikan api 
 
Selamat Mencuba..:)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.