Som-Som Lapis Sos Karamel

Unknown | 6:04 PM |
som-som bersama sos karamel

Bahan-bahan
.120g tepung beras
.250ml santan
.600ml air
.3 helai daun pandan
.Secubit garam
.Sedikit gula
.Pewarna hijau

Bahan karamel
.200g gula merah
.50g gula pasir
.200g air
.4 keping biskut marie - hancurkan
.3 helai daun pandan

Cara-cara
.Campurkan santan bersama tepung beras
.Kacau sebati
.Didihkan air bersama daun pandan
.Masukkan bancuhan tepung kedalam air didih tadi
.Kacau terus hingga adunan menjadi kenyal dan tidak bergentel
.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
.1 bahagian warnakan hijau dan tambah sedikit gula
.1 bahagian lagi biarkan warna asal dan tambah sedikit garam
.Tuang adunan hijau separuh daripada acuan
.Dan tuang adunan putih diatasnya
.sejukkan

Untuk sos karamel
.Satukan semua bahan dan masak hingga pekat

Som-som yang siap disejukkan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cendawan Tiram Goreng Rempah

Unknown | 5:30 PM |
Juga sedap dimakan begitu saja

Bahan-bahan
.100g cendawan tiram
.3 sudu makan tepung gandum
.2 sudu makan tepung serbaguna
.Sedikit serbuk ketumbar
.Sedikit serbuk jintan manis
.Sedikit serbuk lada hitam
.Garam secubit
.Air secukupnya
.Minyak

Cara-cara
.Satukan tepung, rempah, garam & air
.Bancuh jangan terlalu cair
.Celupkan cendawan dalam bancuhan tepung
.Goreng cendawan hingga berwarna keperangan
.Angkat dan toskan
.Bolehlah disaji bersama nasi putih atau diratah begitu saja

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Aiskrim Simple@Corner

Unknown | 1:54 PM |
Aiskrim yang mudah dibuat


Bahan-bahan
.1 @ 1/2 tin susu pekat
.1 tin air suam - sukat ikut tin susu
.1 biji telur gred A
.1 sudu makan ovalett
.1 penutup essen vanilla
.Perisa & pewarna pilihan

Cara-cara
.Putar semua bahan dalam mixer
.Putar sampai gebu, pekat likat dan kembang
.Bahagikan kepada beberapa bahagian
.Perisa & warnakan mengikut citarasa
.Simpan dan bekukan

Aiskrim perisa strawberi


Aiskrim perisa vanilla


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cara Berkesan Bersihkan Kerang

Unknown | 1:09 PM |
Kerang menjadi pilihan

        Masalah pasir dalam kerang memang mampu membuatkan kita hilang selera ketika makan. Selalunya tugas membersihkan kerang mengambil masa yang agak lama. Ada kalanya, tahap kebersihan kerang yang dibasuh juga masih tidak memuaskan. Sebelum memasak, anda perlulah membersihkan kerang dengan sebaiknya. Cara terbaik dan termudah membersihkan kerang serta menghilangkan rasa pasir adalah dengan merendamkan kerang dalam air bersih. Ambil beberapa tangkai cili padi dan masukkan ke dalam rendaman kerang. Biarkan buat seketika. Selepas itu bilas dengan air bersih. Toskan dan bolehlah dimasak mengikut selera. Pastinya masalah pasir di dalam kerang sudah tiada lagi.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Udang Puteri

Unknown | 12:01 PM |
Udang puteri

Bahan-bahan
.400g udang - dibuang kulit
.1 biji bawang besar - dimayang
.2 inci halia muda - hiris nipis
.5 biji bawang merah - blend
.2 ulas bawang putih - blend
.5 biji cili padi - blend
.2 inci belacan - blend
.3 biji buah keras - blend
.2 inci kunyit hidup - blend
.1 cawan santan pekat
.3 biji cili merah@hijau - buang biji n hiris memanjang
.Sedikit bunga kobis
.2 biji buah tomato - belah 4
.Garam & gula secukup rasa
.Minyak

Cara-cara
.Tumis bahan blender, hirisan halia n bawang besar hingga naik bau
.Masukkan santan pekat n cili hiris
.Sambil kacau, masukkan udang
.Biarkan kuah agak kering sedikit
.Masukkan bunga kobis n tomato
.Masukkan garam n gula
.Sedia dinikmati


Hidangan mudah untuk disediakan
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Agar-Agar Roti Pelangi

Unknown | 6:32 PM |
AGar-agar roti pelangi

Bahan-bahan
.1 peket agar-agar tali
.6 cawan air
.230g gula pasir
.6 keping roti sandwish
.400ml santan
.1 biji telur gred A
.Secubit garam
.Sedikit essen vanilla
.Pewarna

Cara-cara
.Roti dikoyak kecil-kecil
.Blender roti, santan & telur
.Masak agar-agar & air hingga hancur
.Tapis agar-agar tadi
.Masukkan semula agar-agar dalam periuk n didihkan semula
.Masukkan gula n secubit garam dalam agar-agar tadi
.Masukkan bahan blender
.Masak hingga didih
.Bahagikan agar-agar kepada 2 @ 3 bahagian n warnakan
.Sediakan bekas n tuang agar-agar berselang seli
.Sejukkan n bolehlah dipotong


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rendang Tempe N Tauhu

Unknown | 4:04 PM |
Rendang Tempe N Tauhu

Bahan-bahan
.3 keping tempe - potong ikut suka
.4 keping tauhu - potong 4
.5 tangkai cili kering - blend
.Segenggam udang kering - blend
.1 biji bawang besar - blend
.2 ulas bawang putih - blend
.3 biji bawang merah - blend
.5 inci lengkuas - blend
.2 inai kunyit hidup - blend
.3 inci halia - blend
.1 batang serai - blend
.1 batang serai - titik
.Santan
.Sedikit kerisik
.3 helai daun kunyit - hiris nipis
.Garam & gula
.Sedikit serbuk kunyit
.Minyak

Cara-cara
.Lumurkan tempe & tauhu bersama serbuk kunyit n garam
.Goreng garing n ketepikan
.Tumiskan bahan blender n serai titik hingga naik bau
.Masukkan santan n kerisik
.Masukkan tempe n tauhu goreng tadi
.Tunggu kuah pekat, masukkan hirisan daun kunyit
.Siap Untuk dihidang


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.