Pak Choy Masak Sos Tiram

Eriyana Che yan | 2:51 PM |
Yum..yum...ringkas n sedap
Bahan-bahan
.3 pokok pak choy
.2 biji tauhu jepun
.5 ulas bawang putih - titik
.Sos tiram secukupnya
.Sedikit air
.Sedikit minyak bijan
.Garam
.Minyak masak

Cara-cara
.Didihkan air bersama garam dan celur pak choy sebentar dan toskan
.Susun pak choy dalam pinggan dan asingkan
.Tumis bawang putih yang dititik hingga wangi
.Masukkan sedikit air dan sos tiram
.Perasakan mengikut citarasa
.Masukkan tauhu jepun
.Tutup api, dan masukkan beberapa titis minyak bijin
.Tuang sos yang siap dimasak keatas pak choy
.Siap untuk dinikmati

menu ringkas
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jus Timun Berseleri

Eriyana Che yan | 5:06 PM |
Menyegarkan dan menyihatkan
Bahan-bahan
.1 biji timun
.3 batang seleri
.Air gula secukupnya
.Beberapa ketul kuib ais

Cara-cara
.Tekan timun dan seleri pada mesin pengisar buah hingga mendapatkan jusnya
.Tuang ke dalam gelas dan tambahkan beberapa sudu air gula mengikut citarasa
.Masukkan beberapa ketul kuib ais dan sedia dinikmati

Jus yang mudah disediakan
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mee Bandung Maharani

Eriyana Che yan | 4:26 PM |
Menu top di muar
Bahan Pes (blender)
.20 tangkai cili kering - belah 2 n rebus
.1 labu bawang putih - titik
.5 inci halia muda
.5 inci kunyit hidup
.2 genggam udang kering - direndam dulu
.2 genggam udang geragau
.Seketul gula melaka
.Gula pasir secukupnya
.Garam
.Minyak

Bahan Pemekat Kuah
.1kg daging - rebus empuk dan air rebusan disimpan
.5-7 biji keledek merah - rebus n blend
.5 biji kentang - rebus n blend
.200g kacang tanah - goreng tanpa minyak n tumbuk kasar
.20 keping biskut marie - blend halus

Bahan lain
.2 kg mee kuning - celur
.Sawi secukupnya
.Telur ayam secukupnya
.Sotong / udang secukupnya
.Fishcake secukupnya
.Tauhu goreng - potong nipis

Cara masak pes
.Tumis bawang putih sampai wangi dan masukkan bahan pes yang lain
.Masak sampai terbit minyak
.Masukkan gula melaka, gula pasir, garam
.Masak sampai pekat

Cara masak kuah
.Masukkan sesenduk pes dalam kuali dan tuang air rebusan daging
.Tunggu didih dan masukkan keledek n kentang blender
.Bila kuah sebati, masukkan serbuk biskut marie
.Tunggu kuah pekat dan masukkan kacang tanah tumbuk
.Masukkan juga sotong/udang, fishcake dan sawi
.Padamkan api dan baru lah pecahkan telur
.Tuang kuah diatas mee dan hidang bersama hirisan tauhu

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.