Mee kari Sempoi

Unknown | 4:03 PM |
Hidangan mee kari menjadi pilihan
Bahan Kuah
.300g ayam - potong kecil
.200g kerang
.200g udang
.5 biji tauhu lampung - potong nipis
.2 keping fishkek - hiris nipis
.3 sudu rempah kari
.1 sudu serbuk cili
.2 biji buah pelaga
.1 tangkai daun kari
.Santan secukupnya
.Sebiji kentang - rebus n lenyek
.Garam & gula
.Minyak

Bahan Blender
.5 biji bawang merah
.2 ulas bawang putih
.3 inci halia

Bahan Sampingan
.1kg mee kuning - dicelur & toskan
.3 keping tauhu putih - goreng & hiris hipis
.2 biji telur rebus - belah 4
.3 biji limau kasturi - belah 2
.Sedikit taugeh
.Sedikit bawang goreng
.2 biji cili hijau/merah - hiris nipis

Cara-cara
.Tumis bahan blender bersama daun kari, buah pelaga hingga wangi
.Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk cili
.Tumis hingga rempah pecah minyak
.Masukkan santan n kentang lenyek
.Masukkan ayam, kerang, udang
.Perasakan mengikut citarasa dan biar kuah mendidih sambil kacau rata.
.Masukkan tauhu lampung n fishkek
.Biarkan kuah mereneh n pekat
.Bolehlah dihidang bersama bahan sampingan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Royale Ribena

Unknown | 1:39 PM |
Penyejuk tekak tika panas

Bahan-bahan
.1 tin air berkarbonat soda
.500ml Ribena
.Kacang merah secukupnya - rebus sampai empuk
.Beberapa hirisan limau nipis
.Kiub ais secukupnya

*Boleh juga gunakan kacang merah dalam tin

Cara-cara
.Masukkan kacang merah dalam gelas atau bekas yang sesuai
.Satukan air soda dan ribena
.Tuang air campuran tadi dalam gelas berisi kacang merah
.Masukkan hirisan limau nipis dan kuib ais secukupnya
.Kacau rata
.Bolehlah dihidang

Emmm...nikmatnya air royale ribena
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Puding Roti Mangga

Unknown | 4:20 PM |
Juadah santai
Bahan-bahan
.1 peket agar-agar tali
.6 cawan air
.12 keping roti
.1 biji telur saiz A
.1/2 tin susu cair
.1/2 tin susu pekat manis
.2 biji mangga masak ranum - potong dadu
.Sedikit pati mangga

Cara-cara
.Masak agar-agar bersama air hingga hancur
.Blender roti, telur, susu cair, susu pekat dan pati mangga
.Masukkan bahan blender dalam agar-agar tadi.
.Didihkan dan masak hingga pekat sedikit
.Tuang agar-agar dalam bekas berisi mangga potong
.Sejukkan dan bolehlah dipotong

*Boleh kurangkan kuantiti roti jika mahu puding yang lembut dan jika gemar puding yang manis, boleh tambah  sedikit gula mengikut citarasa masing-masing.

Tambah koleksi puding
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bubur Nasi Sempoi

Unknown | 12:52 PM |
Rasa x sihat? Makanlah bubur nasi
Bahan Bubur
.1 cawan beras - basuh dan toskan
.3 @ lebih cawan air
.2 helai daun pandan - simpul
.4 inci halia muda - titik
.Garam secukupnya

Bahan Lauk
.Sedikit isi ayam - potong dadu
.Sebiji kentang - Potong memanjang dan goreng
.Sedikit bawang merah & putih blender
.Sedikit serbuk lada hitam
.Sedikit sos tiram
.Perisa

Bahan Sampingan
.Kacang tanah goreng
.Ikan bilis goreng
.Bawang Goreng
.Hirisan daun bawang
.Hirisan lobak asin

Cara-cara
.Satukan semua bahan bubur dan masak
.Untuk lauknya pula, masak seperti sayur goreng
.Tuang bubur dalam mangkuk bersama lauk
.Taburkan juga bahan-bahan sampingan
.Siap untuk dihidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ayam Ungkep Kicap

Unknown | 2:11 PM |
Masakan jawa tradisional

Bahan-bahan
.1/2 ekor ayam - potong ikut suka
.2 sudu ketumbar - blend
.1 sudu jintam manis - blend
.5 biji bawang merah - blend
.2 ulas bawang putih - blend
.3 inci halia muda - blend
.2 inci kunyit hidup - blend
.2 batang serai - titik
.Air secukupnya
.Sedikit kicap pekat
.Garam & gula
.Minyak

Cara-cara
.Tumis Serai titik hingga wangi
.Masukkan bahan-bahan blender
.Tumis hingga terbit minyak
.Masukkan ayam dan gaul rata
.Bila ayam sudah sebati dengan rempah, masukkan sedikit air
.Perasakan dengan gula dan garam
.Masukkan kicap pekat
.Masak hingga kuah pekat
.Siap untuk dihidang

*Bagi yang suka kuah,bolehlah tambah air lagi


Sesuai untuk anak2


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mini Donut Pintal

Unknown | 4:09 PM |
Donat yang gebu lagi sedap
Bahan-bahan
             (A)
.3 sudu susu pekat manis
.1 peket yis mauripan (11g)
.Air suam secukupnya
.60g gula pasir

            (B)
.1/2kg tepung gandum
.1 1/2 sudu besar planta
.1 biji telur

.Minyak masak
*Gula pasir blend kering - untuk ditabur atas donat

Cara-cara
.Bancuh yis, gula, susu bersama air suam (sehingga berbuih)
.Gaul rata tepung, planta dan telur.
.Masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit dan uli rata
.Uli doh hingga menjadi licin dan perapkan 20-30 minit
.Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil
.Uli bebola tadi menjadi panjang
.Bolehlah dipintal doh mengikut skill masing-masing
.Susun donat pintal dalam dulang yang ditabur sedikit tepung
.Biarkan naik sehingga 20-30 minit lagi
.Goreng hingga masak

Ini lah rupa mini donat pintal yang baru digoreng
Dah siap dimakeup dangan gula salji
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.