Kuih Keria@Kuih Gelang

Unknown | 4:41 PM |
kuih ni da manis so sira gula sikit je

Bahan-Bahan
. Beberapa biji keledek oren
. Tepung gandum secukupnya
. Secubit garam
. 5 sudu makan gula
. Sedikit air

Cara-Cara
. Bersihkan keledek dan potong kecil-kecil
. Rebus keledek hingga empuk
. Toskan airnya dan masukkan sedikit garam
. Lenyek sampai hancur sementara keledek masih panas
. Biarkan sejuk seketika
. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli
. Uli sehingga sebati
. Buat seperti bentuk donat hingga habis
. Goreng hingga kekuningan dan ketepikan
. Masak gula dan air sehingga didih serta pekat
. Masukkan kuih tadi dan gaul rata
. Gaul hingga gula nampak bertali baru tutup api
. Teruskan gaul sampai gula kering
. Siap untuk dijamu
ni lom sira lagi


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Puri Bersama Kari Ayam

Unknown | 3:43 PM |
Kepelbagaian citarasa

Bahan-Bahan
. 1/2kg tepung gandum
. 2 sudu makan marjerin
. 2 sudu makan minyak masak
. Sedikit Garam
. 1 cawan air suam

Cara-cara
. Satukan semua bahan kecuali air suam
. Masukkan air suam sedikit demi sedikit
. Uli sehingga licin
. Buat bebola dan leperkan
. Goreng dan semasa menggoreng tunggu sehingga kembung baru terbalikkan
. Makan semasa masih panas
Mudah disediakan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ikan Masih Segar Walau Disimpan Lama

Unknown | 1:34 PM |
Imbas kembali petua nenek moyang kite..


        Petua ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak mempunyi masa yang banyak  ke pasar selalu. Hanya berbelanja seminggu sekali tapi ikan masih tetap segar walaupun disimpan lama didalam peti sejuk

Cara mengekalkan kesegarannya, adalah dengan bersihkan ikan yang telah di siang dan perap ikan dengan beberapa biji belimbing buluh yang diramas dan sedikit garam. Perapkan sebentar selama 15 minit, barulah dicuci bersih-bersih ikan tersebut.

 Masukkan ikan dalam beg plastik dan bungkus dengan kemas. Bolehlah ikan-ikan tersebut disimpan didalam peti sejuk. Hasilnya..ikan masih kelihatan segar walaupun disimpan lama. InsyAllah.. Selama mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jantung Pisang Masak Lemak Putih

Unknown | 12:20 PM |
menu kampung..



Bahan-bahan
. 2 biji jantung pisang(pisang nipah)
. Segenggam ikan bilis - tumbuk
. 3 biji bawang merah - tumbuk
. 2 biji bawang putih - tumbuk
. Santan dari 1/2 biji kelapa
. Garam

Cara-cara
. Jantung pisang belah 2 dan hiris nipis
. Taburkan sedikit garam pada jantung pisang tadi dan ramas bersama sedikit air
. Basuh bersih dan toskan jantung pisang
. Masukkan bahan yang siap di tumbuk ke dalam periuk
. Masukkan santan dan jantung pisang
. Didihkan dan masank hingga jantung pisang layu
Masukkan garam
. Siap untuk dihidang..

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Puteri Salat @ Seri Muka

Unknown | 6:24 PM |
Atas manis...bawah lemak..

Bahan-bahan bawah
. 2 1/2 cawan beras pulut - cuci bersih dan rendam 2-3 jam
. 2 cawan santan cair
. Garam

Bahan-bahan atas
. 2 3/4 cawan santan pekat
. 1/2 cawan air pandan
. 3 biji telur
. 1 cawan gula pasir
. 1 cawan tepung gandum
. 1 sudu makan tepung jagung
. Pewarna hijau
. Garam

Cara-cara bawah
. Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang
. Ratakan beras pulut
. Satukan santan cair dan garam
. Masukkan santan ke dalam pulut tadi
. Kukus 20 minit
. Selepas 20 minit,tekan2 pulut supaya padat

*sementara tunggu pulut masak boleh buat untuk bahagian bawah

Cara-cara atas
. Satukan santan pekat, gula, telur, garam, air pandan dan kacau sebati
. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacau lagi supaya tak berketul
. Masukkan beberapa titik pewarna hijau dan kacau lagi
. Tapis bancuhan dan tuang ke atas pulut yang siap dikukus tadi
. Kukus lagi selama 20-25 minit
. Sejukkan sebelum dipotong
Untuk sarapan n minum petang pn boleh





Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Lala Rebus Serai

Unknown | 1:51 PM |
Sedap..senang.. dan mudah



Bahan-bahan
. 1kg lala - cuci bersih dan toskan
. 3 batang serai - titik
. 3 biji cili padi - titik (kalau nk pedas,leh tambah lg)
. 2 ulas bawang putih - titik/tumbuk
. Air secukupnya
. Garam

Cara-cara
. Didihkan air dalam periuk
. Masukkan serai, cili padi dan bawang putih
. Bila dah mendidih, masukkan lala
. Masukkan secubit garam dan tunggu seketika
. Tutup api dan siap dihidang
Cicah ngan sambal asam, sambal kicap atau
sos lada hitam...nyum..nyum..
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pais Kembong Sempoi

Unknown | 2:02 PM |
Rasa pais ni menambahkan lagi selera makan 



Bahan-bahan
. 1 kg ikan kembong - cuci bersih dan toskan
. Kelapa parut secukupnya- yg putih
.  1biji bawang besar - tumbuk lumat
. 2 biji bawang merah - tumbuk lumat
. 2 biji bawang putih - tumbuk lumat
. 3 biji cili hidup - tumbuk lumat
. 6 biji padi - tumbuk lumat
. Asam jawa secukupnya
. Gula dan garam
. Daun pisang

Cara-cara
. Panaskan kukusan
. Ramaskan asam jawa bersama kelapa parut
. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kelapa parut
. Gaul rata dan perasakan
. Alaskan ikan di daun pisang
. Letakkan sambal kelapa tadi di atas ikan
. Bungkus ikan dengan kemas dan boleh lah dikukus
. Kukus hingga ikan masak atau selama 20 minit
. Hidangkan ikan pais bersama nasi putih
Sedap juga bile pais ni di bakar
selamat mencuba...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pau Goreng

Unknown | 6:45 PM |
Sedap tu...gebu je..ade inti sardin n kacang merah
Bahan-bahan
. 250ml air suam *
. 5 sudu besar gula *
. 2 sudu makan yis mauripan *
. 500gm tepung gandum
. 3 sudu makan susu tepung
. 3 sudu makan marjerin
. 1 biji telur
. 1 sudu teh baking powder
. Sedikit garam

Inti
. inti kacang merah n sardin secukupnya

Cara-cara
. Bancuh bahan yang bertanda (*)
. Satukan tepung gandum, susu tepung, marjerin, telur, baking powder dan garam dalam satu bekas
. Gaul rata bahan-bahan tadi sehingga menjadi seakan2 serbuk roti
. Masukkan bancuhan air sedikit demi sedikit kedalam tepung
. Uli hingga doh tak melekat di tangan
. Bahagikan doh kepada bebola kecil
. Ambil bebola tadi dan leperkan dan letak inti secukupnya
. Tutup balik doh tadi supaya menjadi bentuk bebola
. Ulangi proses hingga habis
. Rehatkan doh selama 30 minit dan boleh lah di goreng

*tip penting semasa menggoreng pau...api jangan terlalu besar..takut nanti pau berjerawat*
comel je..
 Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bubur Pulut Hitam

Unknown | 3:22 PM |
Manisan
Bahan-bahan
. 100gm pulut hitam - bersihkan dan rendam
  *rendam semalaman supaya cepat empuk
. Air secukupnya
. Santan secukupnya
. Gula
. Garam
. Daun pandan - dicarik2 dan simpul

Cara-cara
. Rebus pulut hitam bersama simpulan pandan, garam dan air secukupnya
. Rebus hingga pulut hitam empuk
. Masukkan gula secukupnya dan santan
. Tunggu mendidih seketika
. Siap dihidang
sedap di makan sejuk
Selamat mencuba..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ayam Kashmir Berkrim

Unknown | 4:09 PM |
Ayam kashmir berkrim
Bahan-bahan
. 1/2 ekor ayam -perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam
. 2 biji tomato - belah 4
. 2 biji kentang - belah 4
. 1/2 tin susu cair
. Garam dan gula

Bahan tumis
. 3 biji bawang merah - hiris
. 1 biji bawang besar - hiris
. 2 biji bawang putih - hiris
. 1 inci halia - hiris
. 2 batang serai - titik
. Kayu manis
. Buah pelaga
. Daun kari

Bahan rempah (bancuh dengan sedikit air)
. 3 sudu besar tomato puri
. 2 sudu besar rempah beriyani
. 2 sudu besar rempah kari
. 1 sudu besar serbuk cili

Cara-cara
. Goreng ayam setengah masak dan ke tepikan
. Tumis bahan tumisan hingga naik wangi
. Masukkan bahan rempah dan tumis lagi
. Masukkan kentang dan sedikit air
. Masak hingga kentang agak empuk dan masukkan ayam
. Masukkan juga susu cair dan perasakan
. Tunggu didih dan kuah pekat
. Masukkan tomato dan tutup api
. Siap untuk dihidang
yumm..yummm

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ayam Kam Heong

Unknown | 8:49 PM |
1001 rasa
Bahan-bahan
. 3 ketul dada ayam
. 3 biji cili padi (di ketuk)
. 2 biji cili merah (hiris)
. 3 batang cili kering (potong kasar)
. 1 biji bawang besar (hiris)
. 2 ulas bawang putih (hiris)
. Daun kari secukupnya
. Daun bawang

Bahan perap ayam
. Sedikit serbuk lada sulah
. Sedikit minyak bijan
. 1/2 biji telur
. Sedikit tepung jagung
. Garam n gula

Bahan sos (disatukan)
. 2 sudu makan rempah kari
. 2 sudu makan sos cili
. 2 sudu makan sos tomato
. 2 sudu makan sos tiram
. 1 sudu makan kicap manis
. 1 sudu makan kicap cair

Cara-cara
. Perap ayam dengan bahan perapan selama 15-30 minit
. Goreng perapan ayam seketika dan ketepikan
. Tumis bawang putih, cili kering dan daun kari hingga wangi
. Masukkan bahan sos dan tumis hingga sebati
. Masukkan ayam, cili merah, cili padi, bawang besar dan daun bawang
. Kuap balik dan suai rasa
. Siap untuk dihidang

sekali rase pasti nak lagi
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sup Biji Teratai

Unknown | 2:33 PM |
selain dr sup, biji teratai sedap juga di bakar
Bahan-bahan
. 2 biji bawang putih - di titik
. Sedikit kobis bulat - potong n bersihkan
. 100gm udang segar - buang kulit
. 2 keping fucuk tauhu - potong kecil , rendam n toskan
. Sedikit soo hun - rendam seketika n toskan
. 100gm biji teratai - dibersihkan
. Air secukupnya
. Garam n pati ayam
. Sedikit minyak masak

Cara-cara
. Tumis bawang putih hingga naik bau
. Masukkan air secukupnya dan tunggu didih
. Masukkan fucuk tauhu, soo hun, biji teratai
. Bila biji teratai agak lembut,masukkan udang dan sayur kobis
. Perasakan dengan garam dan pati ayam
. Tunggu seketika hingga mendidih
. Siap untuk dihidang

Selamat mencuba..
makan begitu saje pn sedap
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ayam Kukus Cincalok

Unknown | 3:30 PM |
bkn saje penambah selera malahan melazatkan makanan
Bahan-bahan A
. Isi ayam secukupnya - dipotong kecil
. 5 biji bawang merah - dihiris nipis
. 3 biji cili padi - hiris bulat

Bahan-bahan B
. 3 sudu besar cincalok
. 1/2 sudu teh lada hitam (tumbuk kasar2)
. Sedikit kicap cair
. Sedikit kicap pekat
. Sedikit minyak zaitun
. Sedikit gula

Bahan-bahan C
. Sedikit tepung jagung
. Air secukupnya

Bahan Tambahan
. Hirisan daun bawang (jika suka)
. Hirisan bawang besar
. Limau kasturi

Cara Buat 
. Bahan A dan bahan B digaul bersama dalam bekas
. Masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam bekas tadi
. Pilih mangkuk yang sesuai untuk mengukus dan disapu sedikit planta
. Masukkan ayam yang siap digaul tadi ke dalam mangkuk
. Kukus ayam hingga masak atau selama 20 -25 minit
. Hidang panas2 dan taburkan hirisan bawang dan daun bawang
. Perahkan limau kasturi sebelum menjamu selera..

Selamat mencuba..
Kelainan dalam masakan ayam




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kari Ayam Kapitan

Unknown | 5:23 PM |
 sesuai untuk iftar @ sahur

Bahan-bahan
.1 ekor ayam - potong 16
.2 biji bawang besar - blend
.5 biji bawang merah - blend
.4 ulas bawang putih - blender
.3 inci lengkuas - blend
.3 inci halia - blend
.3 inci kunyit hidup - blend
.3 batang serai - blend
.Serbuk kari secukupnya - bancuh dgn sedikit air
.Kerisik secukupnya
.Kayu manis
.Buah pelaga
.Daun kari secukupnya
.Santan secukupnya
.2 batang serai - dititik
.7 biji cili hijau - patah 2
.4 biji buah tomato - belah 4
.Sedikit daun ketumbar & pudina - hiris halus
.Minyak untuk menumis
.Garam, gula & perisa

Cara-cara
.Tumis bahan-bahan blender hingga naik bau
.Masukkan serai titik, daun kari, kayu manis & buah pelaga
.Tumis semua bahan hingga sebati
.Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak
.Masukkan ayam dan gaul rata
.Bila ayam kecut sedikit, masukkan santan
.Kacau dan biarkan mendidih
.Bila kuah agak pekat dan aym sudah empuk, masukkan kerisik
.Masukkan cili hijau dan biarkan seketika
.Masukkan garam, gula, perisa & buah tomato
.Bolehlah tutup api dan taburkan daun ketumbar & pudina
.Siap untuk dihidang
resepi yang mesti cuba..
Selamat mencuba..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kastad Kacang Merah

Unknown | 1:29 PM |
Pencucu mulut
Bahan-bahan
.1 cawan tepung kastad
.1 cawan kacang merah
.1/2 cawan gula
.3 cawan air
.2 cawan santan pekat
.Sedikit garam


Cara-cara
.Rebus hingga empuk kacang merah dan buang airnya
.Blender kacang dengan sedikit air hingga hancur
.Sukat kacang yang di blender tadi menjadi 1 cawan
.Satukan semua bahan dan kacau sebati (jangan bergentel)
.Masak atas api sederhana hingga likat
.Tutup api dan tuang dalam acuan atau loyang
.Sejukkan dan siap dihidang
kastad kacang merah
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tauhu Kukus

Unknown | 1:57 PM |
Hidang panas2
Bahan-bahan
.2 keping tauhu lembut - belah 4 tapi jangan putus
.2 sudu besar sos tiram
.2 sudu besar kicap masin
.1/2 cawan air
.Sedikit tepung jagung
.5 ulas bawang putih - hiris nipis
.1 inci halia - hiris nipis
.1 sudu teh minyak bijan
.Beberapa hirisan cili merah - untuk hiasan

Cara-cara
.Letak tauhu dalam loyang @ pinggan yang sesuai untuk dikukus
.Satukan air, sos tiram, minyak bijan, kicap masin dan tepung jagung
.Tuang bancuhan dalam loyang yang berisi tauhu dan perap 1/2 jam
.Tumis bawang putih n halia seketika
.Masukkan tumisan ke perapan tauhu tadi
.Kukus tauhu selama 15 minit
.Siap untuk dihidang n taburkan hirisan cili sebagai hiasan
Tauhu kukus
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Apam Pisang

Unknown | 3:38 PM |
Apam Pisang


Bahan-bahan
.1 1/2 cawan pisang berangan lenyek @ 7 biji pisang
.2 cawan tepung gandum
.1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
.1 1/2 sudu teh baking powder
.1/2 cawan gula pasir
.10 sudu makan susu cair
.Sedikit essen pisang

Cara-cara
.Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder
.Satukan pisang lenyek, gula; susu dalam tepung tadi
.Gaul sebati ke semuanya
.Masukkan essen pisang dan gaul lagi
.Panaskan pengukus dan sapu sedikit planta pada acuan
.Masukkan bancuhan tadi ke dalam acuan
.Kukus 15 minit atau hingga masak
.Sejukkan dan siap dihidang
Kuih baru  siap di kukus


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Salad Ayam Seleri

Unknown | 1:18 PM |
Salad yang menyelerakan


Bahan-bahan
.Isi ayam secukupnya - direbus sebentar
.3 batang seleri - dihiris nipis
.2 helai daun limau purut - buang batangnya n hiris
.1 biji bawang besar - dihiris
.5 biji cili padi - dihiris (jika mahu pedas lagi leh le tambah)
.2 batang serai - dihiris
.1 sudu makan pes tomyam
.Sedikit lada hitam - tumbuk jangan hancur sangat
.Garam, gula, perisa

Cara-cara
.Gaulkan semua bahan yang dihiris serta pes tomyam
.Masukkan isi ayam rebus dan gaul sebati
.Perasakan dengan garam, gula, perisa dan lada hitam
.Gaul lagi dan siap untuk dihidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

cili Jeruk

Unknown | 12:56 PM |
Penambah selera

Bahan-bahan
.1/2 botol cuka buatan
.1 sudu makan gula
.Sedikit garam
.15 biji cili hijau

Cara-cara
.Basuh cili hijau dan toskan
.Potong cili hijau (jangan nipis sangat) dan ketepikan
.Masukkan cuka, gula dan garam dalam periuk
.Didihkan sebentar dan tunggu sejuk
.Masukkan cuka yang siap sejuk dalam balang
.Masukkan juga hirisan cili tadi
.Tutup rapat-rapat balang dan simpan dalam peti sejuk
.Atau boleh terus dimakan bersama mee @ kuey teow goreng
Tahan 1 hingga 3 bulan jika simpan dipeti sejuk


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ayam Goreng Conrnflakes Rangup

Unknown | 12:49 PM |
Sedap juge dijadikan snek minum petang


Bahan-bahan
.4 ketul isi ayam - potong memanjang
.1 sudu sos tiram
.1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
.Garam secukupnya
.1 biji telur
.Conrnflakes secukupnya - diramas
.Minyak

Cara-cara
.Gaul ayam dengan sos tiram, lada sulah, garam dan perap selama 30 minit
.Ambil ayam yang siap diperap tadi dan celup ayam ke dalam telur
.Kemudian golekkan ayam diatas conrnflakes hingga menutupi kesemua permukaan
.Goreng ayam seperti biasa
.Sedia dimakan panas-panas

Hidang panas bersama sos pilihan

Selamat mencuba..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kurma Telur

Unknown | 1:48 PM |
Kurma Telur
Bahan-bahan
.4 biji telur - rebus dengan sedikit cuka
.2 biji kentang - rebus n belah 2
.2 biji cili hijau - patah 2
.Sebiji bawang besar - belah 4
.2 sudu serbuk kurma - bancuh dengan sedikit air
.3 biji bawang merah - tumbuk
.2 biji bawang putih - tumbuk
.2 inci halia - tumbuk
.Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
.Santan secukupnya
.Garam dan perisa
.Minyak

Cara-cara
.Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah tumis hingga naik wangi
.Masukkan rempah kurma dan tumis hingga pecah minyak
.Masukkan santan, telur, kentang, cili hijau, bawang besar
.Perisakan mengikut citarasa
.Tunggu didih dan hingga semuanya sebati
.Siap dihidang
Pelbagai resepi telur
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kuey Teow Goreng Sempoi

Unknown | 7:56 PM |
Menu santai ujung minggu
Bahan-bahan
.1 peket kuey teow
.10 ekor udang saiz sedang - buang kulit
.3 ekor sotong saiz sedang - potong bulat
.Taugeh secukupnya
.Daun kucai cina secukupnya - hiris panjang
.1 sudu pes cili
.3 ulas bawang putih - titik
.3 sudu kicap manis
.2 sudu sos tiram
.Sedikit rempah cajun
.Garan,perisa
.Minyak

Cara-cara
.Tumis bawang putih yang dititk hingga wangi dan masukkan pes cili dan tumis lagi
.Masukkan udang, sotong dan kacau sebati
.Masukkan kicap manis, sos tiram dan perisakan
.Masukkan kuey teow, taugeh dan kucai cina
.Kacau rata dan masukkan sedikit rempah cajun
.Kuap balikkan dan siap untuk dihidang
Sangat sedap makan bersama cili jeruk
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kerabu Sotong

Unknown | 1:31 PM |
Sedap juge diratah begitu saje
Bahan-bahan A
.1/2kg sotong - hiris bentuk bunga n celur dengan sedikit garam
.3 keping cendawan kera - rebus n potong halus
.Cili padi secukupnya - hiris halus
.2 biji cili merah - hiris halus
.2 biji bawang merah - hiris halus
.1 biji limau nipis - ambil jusnya
.2 helai daun limau purut - potong nipis
.1/2 batang lobak merah - sagat kasar
.*5 batang kacang panjang - hiris halus
.*10 biji petai - hiris nipis
.*2 biji tomato - potong dadu
.*10 helai daun pudina - hiris

Bahan-bahan yang bertanda * adalah options

Bahan-bahan B (dikacau sebati)
.Garam secukupnya
.Gula secukupnya
.Sedikit cuka
.Serbuk perasa
.Sedikit air

Cara-cara
.Bahan A disatukan dalam mangkuk
.Masukkan bahan B dan gaul rata
.Sedia dihidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gulai Ikan Kembung

Unknown | 1:39 PM |
Gulai ikan kembung
Bahan-bahan
.Ikan kembung secukupnya
.3 biji bawang merah - blend
.2 ulas bawang putih - blend
.2 inci halia muda - blend
.2 sudu makan serbuk kari ikan
.1 sudu teh serbuk ketumbar
.1 sudu teh serbukjintan manis
.Sedikit gula Melaka
.Santan cecukupnya
.2 keping asam keping
.Garam
.Minyak

Cara-cara
.Tumis bahan blender sehingga wangi
.Masukkan rempah serbuk yang dibancuh dengan sedikit air
.Kacau rata dan tumis hingga pecah minyak
.Masukkan gula melaka, santan, ikan dan asam keping
.Kacau dan biarkan mendidih hingga ikan masak
.Perasakan mengikut citarasa
.Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Lemon

Unknown | 3:14 PM |
Variasi pilihan nasi


Bahan-bahan
.300g beras basmathi - cuci dan ditoskan
.100g planta @ marjerin
.1 biji bawang besar - hiris nipis
.2 ulas bawang putih - hiris nipis
.3 inci halia muda - hiris nipis
.200ml susu cair
.370ml air
.1 biji lemon - diparut kulitnya n ambil jusnya
.Gajus n kismis hitam secukupnya
.Garam secukupnya
.Beberapa titik pewarna kuning

Cara-cara
.Panaskan planta @ marjerin dalam periuk
.Tumis bahan hiris hingga naik wangi
.Masukkan susu cair, air, jus lemon, beras dan garam
.Kacau rata dan tunggu memdidih
.Masukkan gajus, kismis hitam dan kulit lemon
.Tutup periuk dan tanak hingga masak
.Masukkan pewarna kuning dan kuap balikkan
.Hidang nasi lemon dengan jelantah dan lauk pilihan
Nasi lemon 
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kuih Bantal Manis

Unknown | 8:04 PM |
Sesuai untuk sarapan n minum petang
Bahan-bahan
.300g tepung gandum
.2 sudu makan mentega
.3 - 4 sudu makan gula
.1 biji telur saiz A
.2 sudu teh yis Mauripan
.50 - 70ml air
.Secubit garam

Cara-cara
.Campur semua bahan kecuali air dan gaul rata hingga semua bahan sebati
.Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh seperti membuat donat
.Masukkan doh dalam bekas n tutup rapat
.Perapkan doh selama 30 - 45 minit
.Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan buat seperti bebola
.Canai bebola tebal dalam 1cm dan potong petak (bentuk bantal) menggunakan pisau
.Ulangi proses memotong hingga habis
.Bolehlah digoreng kuih bantal hingga masak

*juga sedap dicicah bersama kari @ kopi panas..
Sedap juga dimakan begitu saja
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pak Choy Masak Sos Tiram

Unknown | 2:51 PM |
Yum..yum...ringkas n sedap
Bahan-bahan
.3 pokok pak choy
.2 biji tauhu jepun
.5 ulas bawang putih - titik
.Sos tiram secukupnya
.Sedikit air
.Sedikit minyak bijan
.Garam
.Minyak masak

Cara-cara
.Didihkan air bersama garam dan celur pak choy sebentar dan toskan
.Susun pak choy dalam pinggan dan asingkan
.Tumis bawang putih yang dititik hingga wangi
.Masukkan sedikit air dan sos tiram
.Perasakan mengikut citarasa
.Masukkan tauhu jepun
.Tutup api, dan masukkan beberapa titis minyak bijin
.Tuang sos yang siap dimasak keatas pak choy
.Siap untuk dinikmati

menu ringkas
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.