Pau Goreng

Unknown | 6:45 PM |
Sedap tu...gebu je..ade inti sardin n kacang merah
Bahan-bahan
. 250ml air suam *
. 5 sudu besar gula *
. 2 sudu makan yis mauripan *
. 500gm tepung gandum
. 3 sudu makan susu tepung
. 3 sudu makan marjerin
. 1 biji telur
. 1 sudu teh baking powder
. Sedikit garam

Inti
. inti kacang merah n sardin secukupnya

Cara-cara
. Bancuh bahan yang bertanda (*)
. Satukan tepung gandum, susu tepung, marjerin, telur, baking powder dan garam dalam satu bekas
. Gaul rata bahan-bahan tadi sehingga menjadi seakan2 serbuk roti
. Masukkan bancuhan air sedikit demi sedikit kedalam tepung
. Uli hingga doh tak melekat di tangan
. Bahagikan doh kepada bebola kecil
. Ambil bebola tadi dan leperkan dan letak inti secukupnya
. Tutup balik doh tadi supaya menjadi bentuk bebola
. Ulangi proses hingga habis
. Rehatkan doh selama 30 minit dan boleh lah di goreng

*tip penting semasa menggoreng pau...api jangan terlalu besar..takut nanti pau berjerawat*
comel je..
 Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.