Home » » Ikan Pari Lemas

Ikan Pari Lemas

Eriyana Che yan | 7:45 PM |
IKAN PARI LEMAS

Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
• di basuh bersih
• sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
• letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)

Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula

Bahan C:
10 biji limau kasturi

Cara memasak:
• Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A.
• Barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas.

Selamat Mencuba..




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.