Home » » Ayam Masak Cendawan Ala Cina

Ayam Masak Cendawan Ala Cina

Unknown | 2:50 PM |
AYAM MASAK CENDAWAN ALA CINA

Bahan-bahan:
.1/2 ekor ayam - potong ikut suka
.8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam (dihiris memanjang)
.1 inci halia - dihiris
.1 biji bawang besar - dihiris
.6 ulas bawang putih - dicincang
.4 ~ 5 tangkai cili padi - dititik
.Sedikit kicap lemak manis
.Sedikit sos tiram

Cara memasak:
.Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
.Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
.Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang.
.Bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
.Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
.Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat.
.Siap dihidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.