Home » » Gulai Nenas Ikan Kering Org Utara

Gulai Nenas Ikan Kering Org Utara

Eriyana Che yan | 7:19 PM |
GULAI NENAS IKAN KERING ORANG UTARA

Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis

Cara memasak :
• Ikan talang direndam.
• Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
• Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
• Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
• Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
• Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
• Siap dan boleh dimakan.

Selamat Mencuba...





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.