Home » » Ayam Gajus Mikro

Ayam Gajus Mikro

Eriyana Che yan | 2:39 PM |
AYAM GAJUS MIKRO

Bahan-Bahan
500 g isi ayam (tanpa kulit)
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 sudu besar kicap cair

1 sudu kecil serbuk lada hitam
100 g kacang gajus goreng
1 biji lada jepun hijau dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris
2 sudu besar minyak
5 sudu besar jus lemon
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
air secukupnya

Cara Cara

Cara untuk Memasak Ayam:
• Ratakan minyak di mangkuk mikro. Masukkan isi ayam dan gaul dengan 2 sudu besar jus lemon.
• Taburkan serbuk lada hitam dan bawang besar.
• Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 9 – 12 minit pada panas sederhana.

Cara untuk membuat Sos:
• Campurkan secawan air dengan tepung tepung jagung, mentega, serbuk perasa ayam dan 3 sudu besar jus lemon. Kacau hingga sebati.
• Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 90 – 120 saat pada panas sederhana.

Cara untuk menyediakan Ayam Gajus Mikro:
• Tuangkan sos dan ratakan di atas ayam. Taburkan kacang gajus.
• Hidangkan dengan hiasan lada jepun dan cili.

Selamat mencuba...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.