Home » » Mee Kuah Tomato

Mee Kuah Tomato

Eriyana Che yan | 2:02 PM |
MEE KUAH TOMATO

Bahan-bahan
600 g mee kuning
300 g daging yang dipotong kecil dan direbus
300 g udang
300 g sawi putih
5 kelopak kobis
1 tin kecil tomato puri
1 mangkuk air rebusan daging
1/2 sudu teh lada putih
2 biji bawang besar dihiris bulat
4 ulas bawang putih dikisar
12 tangkai cili kering dikisar
Setangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
• Panaskan minyak di atas kuali, tumiskan bawang besar hingga wangi.
• Masukkan bawang putih, cili giling dan serbuk lada putih.
• Kemudian masukkan daging, udang, tomato puri dan air rebusan daging.
• Apabila mendidih masukkan kobis, sawi dan mee kuning. Kacaukan rata-rata.
• Masukkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang. Anda jugak boleh menambahkan bawang goreng atau cili jeruk

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.