Home » » Tandoori Kurau

Tandoori Kurau

Eriyana Che yan | 8:21 PM |

TANDOORI KURAU

Bahan-bahan:
3 keping ikan kurau
1 biji limau purut
1 sudu besar halia (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi

Cara - cara
• Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
• Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
• Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
• Hidangkan bersama roti atau nasi.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.