Home » » Daging Taco

Daging Taco

Eriyana Che yan | 6:39 PM |
DAGING TACO

Bahan-bahan
500 gm daging cincang
2 biji bawang besar kuning dipotong dadu
4 biji bawang putih dicincang
1 peket serbuk taco (boleh dijumpai di pasaraya seperti carrefour)
8 keping tortilla (roti seperti capati)

1 tin besar tomato yang telah dibuang kulit dalam tin (tomato ini diasingkan kepada dua bahagian dengan nisbah 1:2)
Parutan keju cheddar
Bahan-bahan sos
2 bahagian tomato dalam tin
1 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 sudu kecil rempah thyme dan basil

Cara membuat sosnya.
• Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar.
• Masukkan tomato dan rempah thyme dan basil.
• Biarkan ia pekat dan perasakan ia dengan garam dan gula.

Cara membuatnya.
• Tumiskan bawang besar yang didadu bersama bawang putih.
• Apabila telah naik bau masukkan daging cincang dan goreng. Masukkan sepeket taco seasoning mix.
• Masukkan 1 bahagian tomato.
• Tumis hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
• Setelah masak balutkan daging ke dalam tortilla dan susunkan ia dalam bekar pembakar.
• Kemudian lapiskan ia dengan sos tomato yang dimasak tadi.
• Taburkan keju cheddar parut ke atas lapisan daging dan tomato tadi.
• Bakarkan ia ke dalam oven yang bersuhu 180 darjah celcius selama 10 minit.

Selamat Mencuba...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.