Home » » Botok Ikan

Botok Ikan

Eriyana Che yan | 7:11 PM |
BOTOK IKAN

Bahan-bahan
1 ekor ikan tenggiri yang sederhana
2 biji bawang besar

5 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
25 biji lada padi
sedikit belacan
6 biji buah keras
kunyit, halia dan cekur sebesar ibu jari
1 batang serai (dititik)
lengkuas sebesar ibu jari (dititik)
1 sudu makan ketumbar
1/3 sudu makan jintan halus
santan secukupnya dari 3/4 biji kelapa
garam dan perasa secukupnya

Cara-cara
• Siang dan bersihkan ikan. Dipotong sederhana.
• Kisar semua bahan kecuali serai dan lengkuas.
• Panaskan kuali. Setelah minyak panas, masukkan serai dan lengkuas.
• Tumis bahan yang dikisar sehingga garing.
• Masukkan santan, garam dan perasa.
• Setelah mendidih masukkan ikan.

Selamat Mencuba..




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.