Home » » Ayam Panggang

Ayam Panggang

Unknown | 2:56 PM |
AYAM PANGGANG

Bahan-bahan
.2 ekor ayam - 1.5 kg tiap-tiap seekor (dibersihkan dan dibelah dua)
.3/4 cawan marjerin
.2 biji bawang besar (diparut)
.1.2 litre air
.2 keping asam gelugur

Tumbuk
.4 ulas bawang putih
.2 inci halia
.2 tangkai daun ketumbar (dicincang)

Perasa
.Garam & lada sulah secukup rasa
.Air daripada 2 biji limau nipis
.1 sudu teh buah pala parut
.2 sudu teh kicap cair
.2 sudu besar kicap pekat
.Garam secukup rasa
.Sedikit gula

Cara-cara
.Sapukan bahan perasa pada ayam hingga rata. Ketepikan ayam selama 2-3 jam.
.Panggang ayam sehingga perang keseluruhannya. Ketepikan.
.Pijarkan marjerin di atas api yang sederhana. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
.Masukkan baki bahan kecuali daun ketumbar.
.Masukkan ayam. Biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga ayam menjadi empuk dan hanya sedikit kuah sahaja yang tinggal.
.Tambahkan bahan perasa secukup rasa. Angkat kuali dari api.
.Sendukkan keluar dan hidangkan panas-panas.
.Hiaskan dengan daun ketumbar.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.