Home » » Ayam Masak Lemak

Ayam Masak Lemak

Unknown | 2:52 PM |
AYAM MASAK LEMAK

Bahan-bahan:
.1 ekor ayam
.30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
.1 inci kunyit hidup
.2-3 batang serai (dititik)
.Santan (dr sebiji kelapa)
.2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)

Cara memasak:
• Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
• Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
• Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
• Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
• Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
• Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..

*Nota:
.Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.