Home » » Ayam Bercili Masak Ketumbar

Ayam Bercili Masak Ketumbar

Eriyana Che yan | 2:34 PM |
AYAM BERCILI MASAK KETUMBAR

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping

Cara memasak:
• Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
• Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya). • Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
• Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
• Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan

Selamat mencuba...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.