Kuah Kacang@Corner

Unknown | 6:19 PM |
Kuah Kacang@Corner

Bahan-bahan
.5 sudu cili kering blender
.50g kacang tanah - goreng & tumbuk kasar
.2 batang serai - titik
.3 biji bawang merah - tumbuk
.2 ulas bawang putih - tumbuk
.2 inci belacan bakar melaka - tumbuk
.2 biji buah keras - tumbuk
.2 sudu kerisik
.Garam n gula
.Minyak

Cara-cara
.Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau
.Masukkan serai yang di titik
.Masukkan cili kering blender
.Tumis hingga pecah minyak
.Masukkan kacang tanah tumbuk
.Tambah air jika perlu
.Masukkan kerisik, garam & gula
.Siap untuk di cicah bersama cucur udang

Selamat mencuba..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cucur Udang Puteri

Unknown | 6:03 PM |
Cucur Udang Puteri 

Bahan-bahan
.250g tepung gandum
.1 sudu teh soda bikarbonat
.10 ekor udang basah - saiz L
.Sedikit taugeh
.1 biji bawang besar - potong dadu
.Sedikit daun kucai - potong kasar
.Sedikit pewarna kuning
.Garam
.Air

Cara-cara
.Satukan semua bahan kecuali udang.
.Tambah air jika bancuhan cucur pekat
.Panaskan senduk besi dlm minyak panas
.Tuang bancuhan cucur tadi ke dalam senduk n letak udang di atasnya
.Goreng cucur hingga berwarna keemasan
.Siap dihidang bersama kuah kacang@corner

Cucur Udang Puteri

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daging Dendeng@Corner

Unknown | 4:40 PM |
Daging Dendeng@Corner
Bahan-bahan rebus
.1kg daging batang pinang
.5 inci halia - titik
.3 ulas bawang putih - titik

Bahan-bahan sambal (tumbuk)
.1 biji bawang besar
.5 biji bawang merah
.2 ulas bawang putih
.2 inci halia
.5 biji cili merah
.2 batang serai - titik
.Sedikit serbuk kunyit
.Garam & gula
.Minyak

Cara-cara
.Rebus daging bersama bahan rebus hingga empuk
.Toskan daging
.Gaul daging bersama serbuk kunyit n garam.
.Goreng daging hingga garing
.Tumis bahan sambal n serai hingga naik bau
.Masukkan garam n gula secukup rasa.
.Tuangkan sambal di atas daging goreng tadi
.Siap untuk di hidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bihun Singapore

Unknown | 11:25 AM |
Bihun Singapore


Bahan-bahan
.1 peket bihun - rendam n toskan
.200g udang basah
.100g isi ayam
.5 biji fishball
.1/2 batang lobak merah - sagat
.Sedikit Kobis - potong nipis
.1 tangkai daun bawang
.Sedikit bawang goreng
.5 biji bawang merah - blend
.2 ulas bawang putih - blend
.1 biji bawang besar - blend
.1 sudu lada hitam biji - blend
.1 sudu sos lada hitam
.Garam & gula secukup rasa
.Minyak

Cara-cara
.Tumis bahan blender hingga naik bau
.Masukkan isi ayam n udang
.Masukkan sos lada hitam n fishball
.Tuang sedikit air
.Masukkan bihun
.Masukkan juga lobak merah sagat, kobis
.Goreng hingga sayur layu
.Taburkan daun bawang n bawang goreng
.Siap di hidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Roti Pita Berinti

Unknown | 6:11 PM |
Roti Pita Berinti

Bahan-bahan
.5 keping roti pita
.350g daging kisar
.1 biji bawang besar - mayang halus
.1/2 biji timun - potong nipis memanjang
.1/2 biji lobak merah - sagat
.Sedikit kobis - hiris nipis
.1 sudu teh serbuk lada hitam
.Sos cili
.Mayonis

Cara-cara
.Panaskan roti pita atas pan. Ketepikan
.Panaskan pan, masukkan daging kisar
.Masak daging 3/4 masak
.Masukkan bawang, timun, lobak merah n kobis
.Masukkan sos cili & mayonis
.Tunggu sayur layu sedikit
.Siap di hidang

Inti roti pita yg siap di masak

Roti pita selepas di panggang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kelapa Parut Tidak Mudah Berbau

Unknown | 1:37 PM |
Kelapa parut Tidak Mudah Berbau

 
   Kelapa yang telah siap diparut memang mudah berbau jika disimpan terlalu lama. Untuk mengelakkan kelapa parut cepat berbau adalah dengan mencampurkan sedikit garam halus dan gaul rata pada kelapa parut tadi. Kemudian, boleh lah simpan di dalam peti sejuk. Keesokan harinya, boleh lah digunakan dalam masakan anda seperti biasa..

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gulai Pisang Muda Berudang

Unknown | 1:19 PM |
Gulai Pisang Muda Berudang

Bahan-bahan
.10 biji pisang lemak manis muda - potong serong
.200g udang basah
.5 biji bawang merah - tumbuk
.10 biji cili padi - tumbuk
.2 inci kunyit hidup
.Santan secukupnya
.Sedikit air
.2 keping asam gelugor
.Garam secukup rasa

Cara-cara
.Didihkan air bersama bahan tumbuk
.Masukkan pisang muda yg siap di buang kulit luar
.Tunggu pisang agak empuk,masukkan asam keping
.Masukkan udang
.Biar Seketika sampai air td agak kering sedikit
.Masukkan santan n perasakan
.Biar didih
.Siap untuk di hidang

Gulai yg sedap di makan bersama nasi putih panas

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bersihkan Bekas Pengisar

Unknown | 7:31 PM |
Hampas Kelapa Bersihkan Pengisar

  Bekas pengisar banyak kegunaannya. Ia bukan saja digunakan untuk mengisar cili dan bawang, tetapi juga buah-buahan. Namun begitu, biar sudah dicuci berulangkali, bau  dan rasa cili  masih ada lagi. Untuk hilangkan rasa pedas cili pada bekas pengisar, masukkan hampas kelapa dan sedikit air ke dalam bekas pengisar. Kemudian, kisar hampas kelapa tersebut selama beberapa minit. InsyALLAH, rasa dan bau cili akan hilang.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Limau Purut Segarkan Bau Peti Sejuk

Unknown | 6:08 PM |
Hilangkan bau pada peti sejuk

  Peti sejuk selalunya mempunyai muatan yang mengandugi pelbagai jenis makanan. Kadang-kadang terdapat bau yang kurang menyenangkan keluar sebaik saja pintu peti sejuk dibuka. Cara paling mudah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan beberapa hirisan limau purut. InsyALLAH bau yang kurang menyenangkan akan hilang. Cubalah..

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mee Goreng Hati@Corner

Unknown | 5:37 PM |
Mee Goreng Hati@Corner
Bahan-bahan
.1 peket mee kuning
.3 keping hati ayam - potong kecil
.5 biji fishball - potong nipis
.5 biji tauhu lampung - potong nipis
.2 biji cili merah - potong nipis
.Sedikit kobis - potong nipis
.Sedikit taugeh
.Sedikit daun kucai
.3 sudu kicap manis
.3 sudu sos tiram
.3 sudu sos cili
.1 sudu teh kicap pekat

Bahan-bahan (blend)
.5 tangkai cili kering
.1 biji bawang besar
.3 biji bawang merah
.2 ulas bawang putih

Cara-cara
.Tumis bahan blender hingga pecah minyak
.Masukkan hati ayam, fishball & tauhu lampung.Tunggu hati kecut sedikit
.Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap manis
.Masukkan sedikit air. Kacau rata
.Masukkan mee kuning yg telah dicuci
.Masukkan sayur kobis, daun kucai, taugeh & cili merah
.Gaul rata hingga agak kering
.Siap dihidang

Mee Goreng Hati@Corner

Selamat Mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pancake@Corner

Unknown | 9:49 AM |

Bahan-bahan
.2 biji telur
.4 sudu gula
.300g tepung gandum
.2 sudu teh baking powder
.260ml susu cair/segar
.2 sudu minyak jagung
.sedikit essen vanilla

cara-cara
.Pukul telur, gula & minyak jagung hingga sebati
.Masukkan susu & essen vanilla..kacau lagi
.Masukkan sedikit demi sedikit tepung yg diayak bersama baking powder
.Kacau sebati.
.Panaskan pan n sapu sedikit butter
.Tuang  sesenduk adunan keatas pan.
.Tunggu buih naik,baru lah terbalikkan pancake.
.Hidang bersama kaya @ sos kesukaan anda.


Pancake Panas
Pancake berkaya


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Puding Roti Kukus Sos Gula Hangus

Unknown | 5:03 PM |
Puding Roti Kukus Sos Gula Hangus

Bahan-bahan
.4 keping roti sandwish
.3 biji telur saiz A
.2 air suam
.3/4 susu pekat
.Essen vanilla
.2 senduk gula perang
.Sedikit air

Cara-cara
.Buat gula hangus terus pada loyang
.Apabila gula agak likat,tuang air sedikit demi sedikit.
.Blender roti dengan air suam n susu pekat.
.Pukul telur n tapis
.Masukkan telur n essen vanilla ke dalam bancuhan blender.
.Masukkan bahan2 blender ke dalam loyang tadi
.Kukus hingga masak (30-40minit)
.Sejukkan n boleh di hidang

*sukatan susu bergantung pada anda.Jika suka manis blh tambh sukatan susu

Puding Roti sebelum di potong


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jernihkan Minyak Masak

Unknown | 1:46 PM |
Jernihkan Minyak Masak

  Minyak masak yang sudah digunakan untuk menggoreng selalunya akan hangus dan kehitaman. Sayang pula untuk membuangnya. Kalau begitu, tidak perlu susah hati. Jika anda mahu menggunakan semula minyak tersebut, ambil beberapa hirisan kentang dan goreng bersama dengan ikan atau ayam. cara begini akan membuatkan kotoran pada minyak masak tersebut akan terserap ke dalam hirisan ubi kentang. Jadi, minyak masak anda akan kekal jernih seperti sediakala.

Petua yg mudah n selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pari Kuah Lada

Unknown | 12:14 PM |
Pari Kuah Lada


Bahan-bahan blend
.15 tangkai cili kering
.1 biji bawanw besar
.3 biji bawabg merah
.2 ulas bawang putih
.2 inci kunyit hidup
.2 biji buah keras
.Sedikit lada hitam biji
.Sedikit belacan bakar melaka

Bahan-bahan 
.4 ketul ikan pari
.10 batang bendi
.sebatang bunga kantan di belah 2
.2 tangkai daun kesum
.2 sudu kerisik
.garam & gula secukup rasa
.Air asam jawa secukupnya

Cara-cara
.Tumis bahan blender hingga pecah minyak.
.Masukkan bunga kantan serta daun kesum.
.Tumis seketika barulah masukkan air asam jawa.
.Bila sudah mendidih, masukkan ikan pari & bendi
.Masukkan kerisik, gula, garam mengikut citarasa.
.Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Karipap Mackerel

Unknown | 3:59 PM |
Karipap Mackerel

Bahan-bahan(Inti)
.1 tin Mackerel(jenis ikut suka)
.4 biji kentang-di potong dadu
.5 sudu cili blend
.2 biji bwg bsr-d ptg mayang
.2 ulas bwng putih-blend
.3 biji bwg merah-blend
.3 sudu rempah kari
.1 tangkai kari
.Sedikit daun ketumbar

Bahan-bahan doh(kulit)
.500 g tepung gandum
.2 senduk minyak panas
.secubit garam
.Air-sukatan agak2 jgn terlalu lembik

Cara-cara (Inti)
.Tumis bahan blend
.Masukan cili blend,rempah kari n daun kari
.masukan kentang-masak hingga empuk
.Masukan mackerel n bawang bsr
.Sejukan n taburkan daun ketumbar

Cara-cara (Doh)
.1 kan semua bahan2 n tambahkan air sedikit demi sedekit
.Uli doh hingga kenyal
#Klim karipap mengikut citarasa anda


Inti Mackerel

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.