Cara Gula Melaka

Unknown | 10:13 AM |
Lemak manis kuih cara

Bahan-bahan
.200g tepung gandum
.400ml santan
.2 biji telur
.Sedikit essen pandan
.Sedikit pewarna hijau
.Secubit garam
.Sedikit minyak
.Gula melaka - di racik halus

Cara-cara
.Pukul telur, garam n santan
.Masukkan tepung sedikit demi sedikit
.Masukkan essen pandan n pewarna hijau
.Kacau sebati adunan tepung
.Panaskan acuan n sapu sedikit minyak
.Tuang adunan tepung ke dalam acuan
.Biarkan sekejap n taburkan secubit gula melaka
.Tutup acaun sebentar supaya kuih masak rata
.Guna api kecil n masak dalam 1 hingga ke 2 minit
.Sedia di hidang

kuih cara yg baru siap
 Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cucur Sardin

Unknown | 9:44 AM |
Cucur Sardin

Bahan-bahan
.300g tepung gandum
.1 tin sardin (tin kecil) - dilenyek
.1/2 sudu teh soda bikarbonat
.1 biji bawang besar - potong dadu
.1 tangkai daun bawang - potong kasar
.Sedikit lobak merah - disagat
.2 sudu cili kisar
.Garam secukup rasa
.Air secukupnya

Cara-cara
.Satukan semua bahan
.Bancuh adunan jangan terlalu pekat @ cair
.Goreng adunan
.Sedia dihidang bersama sos


Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gulungan Roti Berkeju

Unknown | 2:29 PM |
Gulungan roti yang siap di potong

Bahan-bahan
.10 keping roti sandwish
.10 keping keju
.5 batang sosej
.5 batang filamen ketam
.2 biji telur - di pukul
.Serbuk roti

Cara-cara
.Gelek roti menjadi nipis
.Letak sekeping keju
.Di atas keju, letak sosej @ filamen ketam
.Gulung roti dengan ketat
.Di hujung roti sapukan sedikit telur sebagai gam
.Celupkan gulungan roti ke dalam telur
.Golekkan di atas serbuk roti
.Goreng hingga kekuningan
.Siap di cicah bersama sos

Gulungan roti yang siap di goreng

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Agar-Agar Nata

Unknown | 1:58 PM |
Agar-agar nata



Bahan-bahan
.1 bungkus agar-agar bertali
.3 cawan air
.4 sudu gula pasir
.Sedikit pewarna - pilihan masing2
.Sedikit essen pandan
.Nata de coco - perisa pilihan masing2

Cara-cara
.Masak agar-agar bersama air hingga hancur
.Masukkan gula n tunggu gula larut
.Masukkan pewarna & essen pandan
.Sediakan bekas-bekas comel
.Masukkan  beberapa kuib nata de coco ke dalam bekas
.Tuang agar-agar ke dalam bekas
.Bekukan
.Siap sebagai pencuci mulut

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Hilangkan Gatal Sayur Batang Keladi

Unknown | 7:04 PM |
Sayur  batang keladi tak gatal lagi


          Bagi mereka yang gemar masakan sayur batang keladi tetapi bimbang akan kegatalannya, kini tidak perlu risau dan bolehlah mencuba petua ini. Caranya cukup mudah. Sesudah anda memotong sayur batang keladi, rebus batang keladi tersebut dengan sedikit air, tetapi jangan lupa masukkan juga beberapa asam keping dan sedikit garam. Setelah rebus beberapa minit, buang airnya dan anda boleh terus memasak sayur batang keladi mengikut selera anda.

selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Apam Gula Perang

Unknown | 3:11 PM |
Apam Gula Perang


Bahan-bahan
.2 cawan gula perang
.2 cawan  air
.4 biji telur saiz A
.4 sudu besar susu pekat
.1 cawan minyak jagung
.4 sudu besar planta
.3 cawan tepung gandum
.2 sudu teh soda bikarbonat
.Sedikit kelapa parut (putih)
.Garam


Cara-cara
.Masak gula perang hingga cair n masukkan air sedikit demi sedikit
.Masak hingga air gula berbuih. Ketepikan
.Dalam Mangkuk, pukul telur,susu, minyak & planta hingga kembang
.Masukkan air gula perang & pukul lagi
.Masukkan tepung gandum yang diayak bersama soda bikarbonat.
.Masukkan sedikit demi sedikit
.Bila bancuhan sebati, masukkan dalam acuan
.Kukus hingga masak (15-20 minit)
.Sejukkan
.Gaul kelapa parut & sedikit garam
.Hidang bersama kelapa parut

Enak dimakan bersama kelapa parut

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ikan Bilis Lebih Garing & Rangup

Unknown | 1:59 PM |
Melengkapkan rasa


          Ikan bilis yang digoreng garing dan rangup sangat digemari apatah lagi jika ditaburkan ke atas bubur nasi,  di buat sambal kering dan sebagai pelengkap nasi lemak. Untuk menjadikan ia lebih rangup dan garing serta sentiasa enak, perap ikan bilis yang telah dibersihkan bersama cuka selama beberapa minit. Kemudian, toskan sebentar. Bolehlah digoreng ikan bilis tersebut. Hasilnya, ikan bilis akan lebih rangup dan garing walaupun telah lama digoreng. Sungguh mudah.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ikan Goreng Kicap@Corner

Unknown | 1:34 PM |
Ikan Goreng Kicap

Bahan-bahan
.4 keping isi ikan merah - cuci bersih
.3 biji bawang merah - tumbuk
.2 biji bawang putih - tumbuk
.2 inci halia - tumbuk
.1 biji bawang besar - hiris nipis
.2 biji cili merah - hiris nipis
.2 sudu makan kicap pekat
.4 sudu makan kicap manis
.2 sudu makan sos tiram
.Sedikit serbuk kunyit
.Sedikit serbuk lada sulah
.Garam & gula secukup rasa
.Minyak


Cara-cara
.Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit & garam
.Goreng ikan hingga garing
.Tumis bahan tumbuk
.Masukkan bawang besar n cili merah
.Masukkan kicap pekat, kicap manis n sos tiram
.Kacau rata n masukkan lada sulah
.Suai rasa gula n garam
.Masukkan ikan yang digoreng tadi
.Siap untuk dihidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan

Unknown | 8:20 PM |
Kelebihan daun pandan



       Tangan berbau bawang?? Mungkin anda biasa mengalami masalah seperti ini, terutama sekali selepas mengupas bawang putih. Biasanya, walaupun tangan sudah dicuci berulang kali, namun bau bawang masih melekat pada tangan. Ada satu cara untuk menghilangkan bau bawang dengan mudah. Selepas selesai mengupas bawang, cuci tangan dengan air bersih-bersih. Kemudian, tumbuk sehelai daun pandan muda dan masukkan ke dalam bekas berisi air. Cuci tangan dengan air pandan tersebut dan bilas dengan air bersih. Hasilnya tangan anda berbau harum dan bau bawang pun hilang.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daun Serai Tajamkan Mata gunting

Unknown | 3:11 PM |
Kegunaan daun serai

    Ramai yang tidak menyangka, daun serai banyak kegunaannya. Salah satu kegunaannya ialah menajamkan mata gunting. Penggunaan gunting juga meluas, ada yang menggunakan gunting untuk membuang sirip ikan, ada juga yang menggunakannya untuk menggunting cili kering. Dengan ini mata gunting mudah tumpul. Untuk menajamkan mata gunting, cuba cara ini. Ambil daun sarai dan gunting  daun-daun serai tersebut beberapa kali. Pastinya mata gunting anda kembali tajam seperti baru.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cendawan Tiram Masak Cili Padi

Unknown | 2:46 PM |
Cendawan Tiram Masak Cili Padi

Bahan-bahan
.500g cendawan tiram - bersihkan
.10 biji cili padi - tumbuk
.2 biji cili merah - tumbuk
.5 biji bawang merah - tumbuk
.2 biji bawang putih - tumbuk
.Segenggam ikan bilis - tumbuk
.Sedikit serbuk lada hitam
.1 sudu teh sos tiram
.Garam & gula
.Minyak

Cara-cara
.Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau
.Masukkan serbuk lada hitam  n sos tiram
.Masukkan cendawan tiram yang siap di siat
.Masukkan gula n garam
.Siap dihidang

Cendawan tiram masak cili padi

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Hati Goreng Kunyit

Unknown | 2:14 PM |
Hati goreng kunyit

Bahan-bahan
.500g hati ayam
.Sedikit kacang panjang - patah2kan
.3 biji cili merah - hiris nipis
.2 biji bawang besar - hiris nipis
.Garam
.Serbuk kunyit

Cara-cara
.Hati ayam digaul bersama serbuk kunyit n garam
.Goreng hati ayam n luakkan minyak sedikit
.Masukkan cili merah, bawang besar n kacang panjang
.Masak hingga kacang panjang layu sedikit
.Siap untuk dihidang

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ayam Dodo

Unknown | 2:14 PM |
Ayam Dodo


Bahan-bahan
.1 ekor ayam - bersihkan n potong
.500ml santan
.2 biji kentang - belah 4
.3 batang serai - dititik
.Air
.Garam n gula
.Minyak

Bahan tumbuk
.6 biji bawang merah
.3 ulas bawang putih
.5 inci halia muda
.3 inci kunyit hidup
.4 sudu makan ketumbar biji
.1 sudu teh jintan manis
.1 sudu teh jintan putih
.Sedikit lada sulah

Cara-cara
.Tumis bahan-bahan tumbuk & serai hingga naik bau
.Masukkan kentang dan sedikit air
.Tunggu kentang empuk
.Masukkan ayam. Gaul sebati
.Masukkan santan dan biar didih
.Bila kuah pekat, tutup api
.Siap dihidang

Sesuai untuk anak-anak 
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mengatasi Masalah Lalat

Unknown | 1:15 PM |
Daun kari halau lalat


      Anda tentu kurang senang bila anda mendapati lalat mengerumuni makanan, terutama jika ada tetamu bertandang ke rumah anda. Cuba petua ini untuk menghalau lalat-lalat tersebut. Ambil beberapa tangkai daun kari, kemudian kibas-kibaskan pada lalat yang sedang berada di meja makan anda. Setelah itu, letakkan daun kari tersebut pada bekas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini, tiada lagi lalat-lalat yang berterbangan di meja makan anda..

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Elak Percikan Minyak Semasa Menggoreng

Unknown | 12:28 PM |
Elak percikan minyak semasa menggoreng

     Kita sering menghadapi percikan minyak yang banyak sehingga mengotorkan seluruh dapur semasa menggoreng ikan atau ayam. Untuk mengelakkan keadaan tersebut, masukkan sedikit garam halus ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian, bolehlah menggoreng ikan atau ayam seperti biasa. InsyAllah, tiada lagi percikan minyak yang mengotorkan dapur.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.