Elak percikan minyak semasa menggoreng |
Kita sering menghadapi percikan minyak yang banyak sehingga mengotorkan seluruh dapur semasa menggoreng ikan atau ayam. Untuk mengelakkan keadaan tersebut, masukkan sedikit garam halus ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian, bolehlah menggoreng ikan atau ayam seperti biasa. InsyAllah, tiada lagi percikan minyak yang mengotorkan dapur.
Selamat mencuba..