Home » » Ayam Kurma

Ayam Kurma

Eriyana Che yan | 2:47 PM |
AYAM KURMA

Bahan-bahan

600 gm ayam
2 biji ubi kentang dipotong empat
1 biji bawang besar dipotong empat
2 sudu besar kerisik
santan pekat semangkut
gula dan garam secukup rasa
sedikit kayu manis dan bunga lawang
minyak untuk masak

Tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1.5 packet kecil rempah kurma Adabi
Cara-cara
• Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis dan bunga lawang.
• Masukkan bahan yang ditumbuk yang telah digaul rata bersama rempah kurma, tumis sehingga naik bau wangi.
• Masukkan ayam yang telah dipotong, kacau sehingga setengah masak.
• Masukkan santan pekat, kacau sekejap.
• Masukkan kerisik dan kacau rata, tunggu sehingga mendidih dan ayam masak sepenuhnya.
• Masukkan ubi kentang dan bawang yang dipotong, tunggu sehingga lembut.
• Masukkan garam secukup rasa serta sedikit gula.

Selamat mencuba...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.