Home » » Ayam Kukus Cincalok

Ayam Kukus Cincalok

Eriyana Che yan | 3:30 PM |
bkn saje penambah selera malahan melazatkan makanan
Bahan-bahan A
. Isi ayam secukupnya - dipotong kecil
. 5 biji bawang merah - dihiris nipis
. 3 biji cili padi - hiris bulat

Bahan-bahan B
. 3 sudu besar cincalok
. 1/2 sudu teh lada hitam (tumbuk kasar2)
. Sedikit kicap cair
. Sedikit kicap pekat
. Sedikit minyak zaitun
. Sedikit gula

Bahan-bahan C
. Sedikit tepung jagung
. Air secukupnya

Bahan Tambahan
. Hirisan daun bawang (jika suka)
. Hirisan bawang besar
. Limau kasturi

Cara Buat 
. Bahan A dan bahan B digaul bersama dalam bekas
. Masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam bekas tadi
. Pilih mangkuk yang sesuai untuk mengukus dan disapu sedikit planta
. Masukkan ayam yang siap digaul tadi ke dalam mangkuk
. Kukus ayam hingga masak atau selama 20 -25 minit
. Hidang panas2 dan taburkan hirisan bawang dan daun bawang
. Perahkan limau kasturi sebelum menjamu selera..

Selamat mencuba..
Kelainan dalam masakan ayam




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.