Home » » Ikan Masih Segar Walau Disimpan Lama

Ikan Masih Segar Walau Disimpan Lama

Eriyana Che yan | 1:34 PM |
Imbas kembali petua nenek moyang kite..


        Petua ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak mempunyi masa yang banyak  ke pasar selalu. Hanya berbelanja seminggu sekali tapi ikan masih tetap segar walaupun disimpan lama didalam peti sejuk

Cara mengekalkan kesegarannya, adalah dengan bersihkan ikan yang telah di siang dan perap ikan dengan beberapa biji belimbing buluh yang diramas dan sedikit garam. Perapkan sebentar selama 15 minit, barulah dicuci bersih-bersih ikan tersebut.

 Masukkan ikan dalam beg plastik dan bungkus dengan kemas. Bolehlah ikan-ikan tersebut disimpan didalam peti sejuk. Hasilnya..ikan masih kelihatan segar walaupun disimpan lama. InsyAllah.. Selama mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.