Ayam Dodo

Unknown | 2:14 PM |
Ayam Dodo


Bahan-bahan
.1 ekor ayam - bersihkan n potong
.500ml santan
.2 biji kentang - belah 4
.3 batang serai - dititik
.Air
.Garam n gula
.Minyak

Bahan tumbuk
.6 biji bawang merah
.3 ulas bawang putih
.5 inci halia muda
.3 inci kunyit hidup
.4 sudu makan ketumbar biji
.1 sudu teh jintan manis
.1 sudu teh jintan putih
.Sedikit lada sulah

Cara-cara
.Tumis bahan-bahan tumbuk & serai hingga naik bau
.Masukkan kentang dan sedikit air
.Tunggu kentang empuk
.Masukkan ayam. Gaul sebati
.Masukkan santan dan biar didih
.Bila kuah pekat, tutup api
.Siap dihidang

Sesuai untuk anak-anak 
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mengatasi Masalah Lalat

Unknown | 1:15 PM |
Daun kari halau lalat


      Anda tentu kurang senang bila anda mendapati lalat mengerumuni makanan, terutama jika ada tetamu bertandang ke rumah anda. Cuba petua ini untuk menghalau lalat-lalat tersebut. Ambil beberapa tangkai daun kari, kemudian kibas-kibaskan pada lalat yang sedang berada di meja makan anda. Setelah itu, letakkan daun kari tersebut pada bekas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini, tiada lagi lalat-lalat yang berterbangan di meja makan anda..

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Elak Percikan Minyak Semasa Menggoreng

Unknown | 12:28 PM |
Elak percikan minyak semasa menggoreng

     Kita sering menghadapi percikan minyak yang banyak sehingga mengotorkan seluruh dapur semasa menggoreng ikan atau ayam. Untuk mengelakkan keadaan tersebut, masukkan sedikit garam halus ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian, bolehlah menggoreng ikan atau ayam seperti biasa. InsyAllah, tiada lagi percikan minyak yang mengotorkan dapur.

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.