Mee kari Sempoi

Unknown | 4:03 PM |
Hidangan mee kari menjadi pilihan
Bahan Kuah
.300g ayam - potong kecil
.200g kerang
.200g udang
.5 biji tauhu lampung - potong nipis
.2 keping fishkek - hiris nipis
.3 sudu rempah kari
.1 sudu serbuk cili
.2 biji buah pelaga
.1 tangkai daun kari
.Santan secukupnya
.Sebiji kentang - rebus n lenyek
.Garam & gula
.Minyak

Bahan Blender
.5 biji bawang merah
.2 ulas bawang putih
.3 inci halia

Bahan Sampingan
.1kg mee kuning - dicelur & toskan
.3 keping tauhu putih - goreng & hiris hipis
.2 biji telur rebus - belah 4
.3 biji limau kasturi - belah 2
.Sedikit taugeh
.Sedikit bawang goreng
.2 biji cili hijau/merah - hiris nipis

Cara-cara
.Tumis bahan blender bersama daun kari, buah pelaga hingga wangi
.Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk cili
.Tumis hingga rempah pecah minyak
.Masukkan santan n kentang lenyek
.Masukkan ayam, kerang, udang
.Perasakan mengikut citarasa dan biar kuah mendidih sambil kacau rata.
.Masukkan tauhu lampung n fishkek
.Biarkan kuah mereneh n pekat
.Bolehlah dihidang bersama bahan sampingan

Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Royale Ribena

Unknown | 1:39 PM |
Penyejuk tekak tika panas

Bahan-bahan
.1 tin air berkarbonat soda
.500ml Ribena
.Kacang merah secukupnya - rebus sampai empuk
.Beberapa hirisan limau nipis
.Kiub ais secukupnya

*Boleh juga gunakan kacang merah dalam tin

Cara-cara
.Masukkan kacang merah dalam gelas atau bekas yang sesuai
.Satukan air soda dan ribena
.Tuang air campuran tadi dalam gelas berisi kacang merah
.Masukkan hirisan limau nipis dan kuib ais secukupnya
.Kacau rata
.Bolehlah dihidang

Emmm...nikmatnya air royale ribena
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Puding Roti Mangga

Unknown | 4:20 PM |
Juadah santai
Bahan-bahan
.1 peket agar-agar tali
.6 cawan air
.12 keping roti
.1 biji telur saiz A
.1/2 tin susu cair
.1/2 tin susu pekat manis
.2 biji mangga masak ranum - potong dadu
.Sedikit pati mangga

Cara-cara
.Masak agar-agar bersama air hingga hancur
.Blender roti, telur, susu cair, susu pekat dan pati mangga
.Masukkan bahan blender dalam agar-agar tadi.
.Didihkan dan masak hingga pekat sedikit
.Tuang agar-agar dalam bekas berisi mangga potong
.Sejukkan dan bolehlah dipotong

*Boleh kurangkan kuantiti roti jika mahu puding yang lembut dan jika gemar puding yang manis, boleh tambah  sedikit gula mengikut citarasa masing-masing.

Tambah koleksi puding
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Copyright © Che Yan Corner 2011
.